Followers

Friday, 4 March 2011

1 perceraian setiap 15 minit

Sedang asyik berBW dan check mailbox aku..
tetiba terpandang satu email tu.. tajuk dia :

1 perceraian setiap 15 minit

baca lagi kat bawah, menurut statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tahun 2009. Setiap 15 minit berlaku satu penceraian. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Maknanya bagi tempoh 2009 sejumlah 35040 perceraian telah berlaku. tu dia aihh.. biaQ betoi weyh? sangat menyedihkan bila aku baca menda ni..

sebenarnya kan? apa nawaitu kawin pada kita ni? kenapa kita kawin? maaf kalau aku cakap sal kawin (sebab aku tak kahwin lagi), tapi aku terpanggil nak berkata-kata sal menda ni..

sebab asal kahwin? adakah kawin kerana harta? adakah kerna wang ringgit? atau kawin kerana nafsu? adakah ni hal2 berkaitan yang terjadi pasai kawen? atau kawen kerana dah bercinta? soalnya sekarang semua atas diri sendiri.

Bagi aku. Pasangan yang berkahwin perlu ada niat yang baik. Niatlah kerana mencari keredhaan ALLAH dan melaksanakan sunnah dari Rasul kita Rasulullah SAW. Kemudian tambahlah dengan niat-niat yang akan menjadikan rumahtangga yang bakal dibina adalah syurga didunia ini.

Dari niat akan datang pula pelaksanaan, maka dari pelaksnaan tu, muncul pula kejayaan. tak mustahil kalau masing2 bekerjasama, takkan ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam umah tangga. Mustahil untuk menjadikan rumahtangga yang bakal dibina setaraf dengan Rasulullah SAW dan Khadijah r.ha. Tetapi tidak mustahil untuk menjadikan rumahtangga itu terus kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri di syurga Allah buat selama-lamanya. Pokok pangkalnya perlu kembali mengamalkan cara hidup bertepatan dengan kehendak Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". ( Hadith Riwayat Ibn Majah)

segalanya dari kita. wallahualam. ;)

Nak lagi? Sila tengok yang bawah ni pulak.
Tuntutan Kahwin
Kasih Hingga Ke Syurga
Kertas Kosong
Kemanisan Yang Hilang
Kahwin Awal

3 comments:

CikTomyam said...

adoilaa....takut aih =) semoha dihindari dr tu semua

fRaMe+LenSeS said...

Amin.. semoga dijauhkan suma dari perkara ni .;)

kiera'sakura said...

Mustahil untuk menjadi seperti Rasulluah, Siti Khadijah dan Siti Aisyah... tapi x mustahil untuk mencontohi sifat mereka.. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA