Followers

Thursday, 3 March 2011

03.03

Tak sedar plak. tarikh ni dah menjengah dalam tahun ni..
langsung ta sedar tadi, sebelum diingatkan oleh Kak Jah masa kat Motorola tadi..

Cerita 4 Tahun.

Last 4 years. Mula. masa nih dok studeng lagi.. zaman nakal2.. dok skodeng.. mana mau.. p ja terjah.. aku aku kesah.. dipendekkan.. apa pun tatau.. baru nak berjinak2 kata orang.

Last 3 Years. Sambut. Tuhan ja tau.. sonok lagu mana time ni.. besh yaa.. kata orang masa ni zaman "kentut pun bau wangi", sebab suma indah2 belaka..

Last 2 Years. sambutan kali ke 2. berbunga-bunga la masa nih.. well, dah bertahan kan.. masa ni zaman aku bekerja. loaded.. macam2 dah buat. nak kasi dekat-dekat n dekat.. tapi ALLAH tak kasi, tanda dia syg aku..

Last Year. Tammat. the end of story.

This Year. Restart. rebuild Me selepas teruk2 jatuh rasa nya masa nih..


Apa cer yang aku dok merapu meraban kat atas nih?
hahaha.. tu masa-masa silam yang pernah berputik dalam diri..
apa yang pernah tercatat dalam diari perjalanan hidup.
saat kejadian permulaan. apa berlaku.. bagaimana berusahanya.. camna berkerasnya untuk mendengar perkataan "Ya" dari ucapan.

sekarang.. selepas setahun lebih. macam-macam dah berlaku kan.. makin lama makin ditunjukkan jalan kepada aku.. aku tak rasa sedih sgt bila aku sedar.. jalan baru yang aku dapat sekarang ni kan.. lebih dari apa yang aku dapat dulu. mungkin tu zaman "mangkaQ" aku kan.. ikut sangat.. zaman lalai. zaman gegeh suma ada la.. hahaha.. ALLAH tu sygkan aku bila mana dia tarik aku dari zaman nih.. tak nafi, seronok, mana nya tak sonok kan.. hari-hari dok yang-yang--> abeh melayang.. dok bang-bang--> abeh terbang..

hahahahaha.. lipatan sejarah ni yang buat aku jadi kuat.. malah sedar hakikat hidup yang sbenar nya.. yang mana paling aku takkan lupa dan akan jadi pegangan aku smpai bila-bila. "aku nak ada dengan orang, waktu diperlukan, tapi aku taknak gesa diri aku untuk ada bersama sentiasa, biar ada dikala perlu, dan ilang dikala tidak nampak kepentingan lagi". maksud aku, biar aku jadi orang waktu orang nak.. waktu tanak, depa nak p mana, p ja la. aku tak heran n tanak pikiaQ pn.. sebab aku nak hidup untuk berkhidmat kt orang, tentang diri aku, baik aku letak kat number lain. tapa la.. kekadang tu kan, bila dapat tgk orang len gembira, bila dok ng aku, aku rasa puas sangat.. langsung tak fikir pasal diri dah. lantas kerana tu la aku da langsung tak fikir sangat pasal diri. betoi weyh.. kita pernah jadi baik dengan orang, tapi orang tak fikir pn diri kita, aku ada dalam situasi ni, bila orang paling aku percaya, da khianati aku. seyes aku rasa macam tu. bila mana dia leh sound kat kawan aku kata aku wat camtu. come on la weyh, dulu sapa dok ngs2 tak puas hati kata aku brubah pa suma masa aku dok sibuk dengan dunia Meniaga Larut Malam aku tu?

apa pun, memang benar la.. Nabi pernah pesan tau, kita jangan terlalu sygkan orang, kerana kelak takut kita akan membencinya, dan begitu sebaliknya, jangan terlalu dibenci seseorang, kerana takut kelak, kita akan sygkannya.. tu pengajaran nya.. diri aku sendiri, aku tak benci, tapi aku sedih, dan bila aku sedih, aku mesti akan berfikir macam-macam, jadi dari aku sedih, baik aku amek langkah awal mengelakkan diri aku y teruk dengan blah dari tempat kejadian. bunyi cam bawa diri, tapi memang betul pun kan. heran aku. satu lagi pengajaran, jangan berjanji, sebab ng janji, kita akan terikat dengannya.. mungkin jugak aku rasa ralat sebab aku pernah kata dlu kan, yang aku nak jaga dia sebaiknya, malah still berkhidmat selepas selesai tahun yang ke-3. tapi hasilnya, wakenabeb la.. orang tak hargai pun. n akhirnya, atas nasihat, leteran kwan2 yang amek berat, aku pun mula mengorak langkah, berubah ke jalan yang lebih baik.

Awalnya memang perit la.. weyh, i used to spend most of my times dengan dia dlu,. so masa tu, memng susah.. dari berdua bleh dok sorang, masa tu aku tak nafikan, kain sejadah dan Al-Quran la teman paling rapat dengan aku. hidup aku, aku abadikan atas sejadah dan sentisa berdoa kepada ALLAH.. mohon ditenangkan fikiran. dan akhirnya.. sedikit demi sedikit ALLAH buka jalan, tenangkan hati aku smpai ke hari ni. tapi sedikit yang taleh aku buang, aku masih berdoa dan berterima kasih kepada ALLAH kerana pertemuan tu mungkin satu ujian buat aku, namun sekarang aku rasa aku dah kuat, cukup kuat untuk menongkat manusia2 yang kesedihan yang sedang diuji dalam hidup mereka. aku tamo lihat ada orang lain yang keterlaluan dalam mengejar cinta dalam hidup depa. rugi la kalau sampai macam tu. terlalu sangat, smpai hidup tu macam tadak makna ja kalau tadak manusia tu. come on la weyh, satu p, yang nak mari tu, ampa tatau lagi.

sekarang, memberi pn tidak. meminta pun tidak. aku bebas dengan hidup aku. aku nak wat apa.. aku just wat ja. tapi selepas dapat izin dari Mama la.. apa pun suma tanya Mama. Mama kata apa pn. aku buat ja. tadak halangan. kes tu rasa dok balik kerap tu.. balik ja.. nak spend time ng family aku. Ayah, Mama n Adik2 aku.. tu priority aku la. bukan dulu aku tak jadikan ni priority
, tapi dlu ada satu lagi nak kena jaga kan. so 2 2 aku kena spend time, tapi la ni, satu ja.. mmg sungguh2 aku jaga.. baru2 ni. Mama ada tanya sal brang2 aku dalam laci tu, barang arta karun cinta yang masih aku simpan dalam tu, mama kata nak buang, tapi aku cakap, jgan lagi la, bagi aku pilih n hapuskan sendiri bahan-bahan bukti tu. maksudnya mama pn dah tau cita sebenar, walau aku tatau dari mana mama tau pn aku tatau. lagi satu, picture konvo yang mama da hapuskan manusia tu dari dalam tu. mama da gunting gambaQ tu, selepas Kak Ina sebut kat Mama. betoi jugak kan kata Kak Ina, aku baru tingat. kata dia kan, kalau orang ikhlas kat abg, dia akan tunggu jugak abg,.. jadi jawapannya??? Lu pikir la sendiri. ;p

ada menda baru dok kaco idup aku baru2 nih.. sebenarnya bukan baru jugak la.. lama dah. lawak nak cita dalam ni.. tapi cita jugak la. sal abg Razak, cita dia, kami 2 orang dok mandi, bilik air sebelah-sebelah, buleh plak la dia tazkirah sat aku nih. sembang2 dalam toilet sebelah2 sambil mandi. lawak aku rasa.. kata dia, ang takkan tak paham kot, mak da pebesaQ rumah, pebesaQ dapoQ, takkan tak paham-paham lagi kot? dah tu mak ng ayah ang suka budak-budak, takkan ang tak paham kot depa nak jaga cucu plak. aku gelak terus. aku cakap la. lum lagi kot, bleh dia p tambah, abg ingat ang ni kena doa la ALLAH tunjuk jodoh ang tu, tiap kali solat tu ang wat la. doa mintak ALLAH tunjuk kat ang. aku selop tak terkata dah.. gelak ja la masa tuh. hahaha.. tu baru abg razak, lum aku cita sal abg shafiq, sal abg daniel, kak ana, kak nona. tu dia aihh.. ramai betoi kan yang concern kat aku.. tu la aku kata tadi tu, aku ilang satu, yang ALLAH bagi nak jaga aku, syg aku tu, ramai sangat.. aku syukur sangat bila aku fikir sal hakikat nih.. apa aku leh bagi , hanyalah doa, agar dipelihra depa ni, di jaga depa ni.. dan dipermudahkan urusan2 depa. depa baik sangat bagi aku. seyes..

orang plak gtau aku, kita kena la usaha, bukan menanti, aku pn heran, toi ka nih? hahaha.. bukan zaman la perigi kena mai cari timba ka? hahaha.. gelak lagi .. gelak lagi.. sebab sepanjang sejarah idup pn. da banyak kali menda ni jadi kat aku. even, baru2 nih pn ada jugak kes ni.. heran jugak kan.. tapi tu la hidup dalam dunia ni kan.. apa pn, aku tunggu dan lihat ja la.. nak tunggu mama n ayah bunyi plak la.. walau aku tau depa dok rilex ja ng aku. tapi aku tau dah, abg razak ng abg madi dok cita kat depa. dan dari apa abg madi n abg razak cita, depa looking forward kearah tu la.. tapi aku dok ilex lagi, wat tatau, wat cam tadak apa berlaku.. sebab tamo gesa aku kot. tapa la.. kita tengok la nanti.. (aku memang nak elak depa p umah aku dah pasni, heran toi, bila balik dari p umah aku ja.. mesti ada cita terbaru depa dapat.. n yang pasti, cita Ayah ng Mama bagi mandat nak p skodeng aku ng sapa tu y tatahan tu. bleh plak Ayah n Mama kata, sapa dia aku dok kawan tu gtau depa, depa nak p tgk, y abg2 aku nih, takpa macik ,pacik, kami pn leh p tolong kita.. ) debishhhh. debishh.. aku kena lagi.. :p

rasa nya tu la.. idup aku rasa makin indah sekarang. smpai satu masa pernah terfikir plak, aii. suma baik2 nih.. kat mana aku nak lihat diriku diuji nih. bunyi serius kan. tapi pas fikir balik , baru tau, ujian tu datang dalam kes lain sebenarnya.. dari study aku, dari camna aku nak manthopkan diri aku ni.. Alhamdlillah.. aku sedar dan akan usaha terbaik untuk ubah diri n jadi yang lebih baik. Hamba ALLAH yang baik, Ummat Nabi Muhammad yang terbaik, Anak Soleh untuk Ayah n Mama, Abg terbaik untuk adik2, Cucu terbaik untuk Tok Mak n Tok Som, Anak sedara terbaik untuk macik pacik, Adik beradik terbaik dalam family, Pekerja terbaik untuk boss, Sahabat terbaik untuk kawan-kawan, juga yang terbaik untuk semua yang ada disekeliling. Semoga diizinkan. Amin Yarabbal Alamin.


3 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

orang doakan dia dapat kebahagiaan yang dia inginkan..

insyaallah ada yang terbaik untuk kamu...

semua yang terjadi sebenarnya bukan pengakhiran tapi 1 permulaan untuk kamu supaya kamu lebih kuat menghadapinya...

fRaMe+LenSeS said...

ohhoo.. musti la kuat.. superman.. hahahaha.. :p

nora amila ghazali said...

sabar ya... insyaallah allah dah tentukan yang terbaik dlam hidup tue.. tapi belom cukup masanya lagi.... teruskan berdoa..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA