Followers

Wednesday, 18 May 2011

Bicara Hati Nadh

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera kepada bukan Muslim yang membaca.

Perjalanan BW Nadh hari ni berkisar mengenai persoalan hati, setelah Nadh terjumpa satu entry berkaitan Hati yang bagi Nadh sangat mencengkam hati Nadh dan seperti sebatang paku yang stick pada kayu, tetiba diketuk dek tukul, begitu juga tersentaknya Nadh dengan persoalan hati ni. Soal hati, perasaan ni tidak boleh nak kita halang, tak boleh nak berhenti dari suka, mungkin jatuh hati apa suma ni, tetapi Rasulullah ada berpesan....

Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

ALLAH juga ada menyebut dalam Surah Al-Israa' Ayat 32 
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Since tajuk Nadh hari ni adalah berkenaan dengan hati, jadi biar Nadh terangkan Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Zina Hati ni? 
Zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat, berharap, membayangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. 

Apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”.

Bermaksud, bila hati mengingat, kemudian ingatan itu menjurus kepada perlakuan yang BUKAN PERLAKUAN SAH bagi orang yang belum berkahwin, walaupun ianya hanya melalui hati yang mengingat, boleh diibaratkan sebagai perbuatan yang mendekati zina, kerana dari hati yang mengingat bakal membawa kepada perlakuan yang lebih berat bila berjumpa, yakni dari berpegang tangan, hingga ke perlakuan zina. 

Perasaan minat kepada seseorang itu tidak termasuk zina hati. Ianya adalah dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan HALAL JIKA TIDAK SECARA BERLEBIHAN. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

Apa pun, semua atas kita, ISLAM dah beri pilihan, Cinta terbaik adalah CINTA SELEPAS KAHWIN. mana pilihan kita? Renung-renungkan......

Rujukan berkaitan :
Suara Qalbu n Fitrah

5 comments:

miss.Addin said...

subhanallah , kadang kadang kita sendiri pun tak sedar kan .

APi said...

Cinta..
begitu luas definisinya..^^

Sunah Mohammad said...

Ya ALLAH...
Hamba Mu lemah
Hamba Mu tidak kuat
Hamba Mu tidak berdaya

Hamba Mu tahu perasaan ini hanya sementara cuma
Secebis nikmat hanya untuk seketika
Hati ini diuji dengan indahnya dunia
Sekelumit ujian dari Mu buat seorang hamba...sambung --> Ya ALLAH... | Sunah Suka Sakura dot com

Lieyda said...

harap dijauhkan dari sebarang jenis zina.

fRaMe+LenSeS said...

Miss Addin :: tu la.. kekadang kita tak sedar.. sebab tu kena berjaga..

Api :: luas kan? :D baru sedar jugak..

Sunah :: Nice sharing la. moga kita dijaga dari hal-hal yang merosakkan akidah dan iman kita. amin..

Lieyda :: amin2.. moga dijauhkan kita dari hal ni..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA