Followers

Sunday, 29 May 2011

"I LOVE ATTENTION. SO WHAT? "

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

"I LOVE ATTENTION. SO WHAT? "

hihihi.. bunyi agak mengada dan gila glem kan? ahahah.. sebenarnya saja ja nak wat kecoh dengan tajuk Nadh ni. Cerita nya tadi Nadh jadi presenter kumpulan Nadh. Tajuk kami adalah "Mengekalkan Berbagai Kaum di Malaysia" . iaitu tajuk kontra kepada tajuk kumpulan sebelum Nadh iaitu "Mewujudkan Masyarakat 1 Malaysia".

Sebagai presenter kan, biasa la dah mulut tak reti cover + pelat Utara yang tak reti nak tukaQ ada "E" dekat belakang kan, memang Nadh jadi attention, 2 hari dalam kelas dah ada yang sedar kehadiran Nadh tu, walaupun Nadh sememangnya asing dengan depa suma ni. Terutama nya ada dah yang datang dan berbual dengan Nadh sebaik Nadh habis kelas tu.  "Nadzri orang mana.?" pertanyaan dari seorang akak tu yang asalnya di Alor Setar. Dan memang ramai la yang dah sembang dengan Nadh. hihi.. Rasa seronok sebab dapat kenai ramai ni. (Naluri sorang yang suka berkawan cam Nadh kan? serious happy.. ).

Oihhh.. dah tersasar ni, Okeh-okeh, Nadh sambung balik..  tadi cakap sal topik ni, Nadh tak tahan nak gelak dengan isi seorang sahabat Nadh cakap. Dia kata Malaysia ni berbagai kaum. Menarik pelancong untuk datang ke negara ni. Contoh nya pelancong dari Amerika, nak ja datang Malaysia, sebab jimat kos, bila mai Malaysia, dia leh jumpa masyarakat Melayu, Cina dan India. Tak perlu la dia nak ke China n India lagi sebab semua dah ada dekat sini. (serious Nadh gelak dengan hujah dia, sebab memang lawak tapi benar jugak kan, kita di Malaysia memang dikenali dengan berbagai kaumnya kan, so apa dia kata ni, ada "isi" bukan "kosong".)

Kemudian mai kat time Nadh plak, Nadh highlight apa sahabat Nadh kata dan kemudian Nadh beri 2 cadangan untuk mengekalkan keharmonian kaum kat Malaysia ni. (2 saja sebab kurang persediaan, dan blurr sebaik ada didepan..selalu pantang ada peluang cakap kan.. hihi. ). Antara yang Nadh cadangkan adalah Mengetatkan undang-undang keselamatan dan kebebasan bersuara ni. No Kompromi. (Masa Nadh sampaikan hujah ni, mendapat tepukan satu kelas. Rasa macam ahli parlimen plak.. hihihi

Nak tergelak pn ada., tapi seriously Nadh enjoy sangat dalam kelas ni, terima kasih ALLAH, terima kasih Kak Mas, terima kasih Kak Sarah, terima kasih Asyraf n Hasbullah n Akak-akak segroup 4. Dan terima kasih jugak pada semua dalam kelas Nadh. tak lupa Enchik Mokhtar yang menerima Nadh masuk kelas ni. Terima kasih semua. Had great time with you guys. 

(Dunia Nadh dahulukala.)

Note :: Nadh takut memikirkan masa depan kita dekat Malaysia ni lepas dengar hujah-hujah dari depa dan juga setelah Nadh tenung-tenung-renung-renung keadaan kita sekarang ni, adakah kita akan kembali mencapai keamanan yang seperti dahulu kala? Adakah MELAYU akan bersatu? Nadh doa sangat, Kita yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan satu lafaz Lailahaillallah sepatutnya YANG PALING BERSATU, tapi hairan sebab yang terok-terok berpecah belah adalah kita, Nadh doa sangat semuanya akan kembali macam normal, (maksud Nadh macam Zaman Kegemilangan Islam dulu, di mana ISLAM BERSATU). Doa sangat!! dan pada yang membaca, kita aminkan ya doa Nadh ni. Amin Yarabbal Alamin...

7 comments:

msredcheesecake said...

AMIN....HARAP2 GITU LA...INDAHNYA KALAU UMAT BOLE BERSATU...

tengs terjah blog msred...terjah sini balik...salam perkenalan ya

Erin Azizan said...

betul tu abg, kadang2 keharmonian kita makin terancam disebbkan kes2 tertentu skrg ni..semoga allah melindungi kita..insyaallah =)


err nak gegarkan belog abg jugak!!

Muslimah Optimis said...

hehheeheh.. ofcos la kan, kalo dengaq orang cakap lain sikit akan pi tanya "asai mana ni".. kami pon sellau buat macam tu kalo dengaq ada orang cakap loghat utagha.. al-maklumlah jumpa orang sekampung..hehe.. tapi betoi gak kan, mai malaysia boleh jumpa pelbagai kaum.. nak rasa dok kat china, pi la china town, nak rasa dok kat india pi la masjid india..hehe

Sunah Mohammad said...

sepatutnya 1 aqidah, bukan 1 malaysia kan CA kan..

Sunah Mohammad said...

lupa, ameen ya Allah...

kiera'sakura said...

amin ya rabbal alamin... smoga yg terbaik tuk nadh jugak .. =)

fRaMe+LenSeS said...

Msred :: amin2. maceh aminkan doa Nadh. :D doa macam tu la..

Erin :: betul tu dik.. tapi ntah la abg tak paham camna depa pk. T.T

Aimaa :: yup. :)

Sunah :: setuju ng konsep 1 aqidah tu boss.. :D n maceh aminkan doa Nadh. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA