Followers

Wednesday, 25 May 2011

Segmen #1 InspireBunny: Siapa Idola Anda?

Assalamualaikum.

Hari segmen lagi la. :D tapi rasanya segmen ni menarik jugak. 
Nadh dapat jemputan dari tuan rumah Cik Bunny yang comel. 
Jadi dengan rendah diri nya Nadh (num passport 285) join la..


Soklan dia :
Siapa Idola Nadh?  Nyatakan sebab individu yg dipilih sebagai idola.

1. Nabi Muhammad SAW. All time idol la. Sebab mengapa hari ni kita adalah ISLAM. Kerana adanya Baginda yang ALLAH jadikan sebagai Nabi akhir zaman yang membawa petunjuk seluruh alam iaitu Al-Quran. Nadh sangat tersentuh dengan Akhlak Baginda, yang mana sangat hebat untuk dijadikan contoh, Nadh pasti kita terlalu jauh nak sampai tahap Baginda, tapi sekurangnya, bila kita jadikan Yang Hebat sebagai contoh, tak dapat banyak, jadi sikit pn dah sangat Syukur Alhamdulillah kan? :D

2. Semestinya la Mama n Ayah Nadh. Keduanya merupakan titik mula kasih sayang pada Nadh dan adalah insan yang takkan Nadh persiakan selagi depa masih ada hayat. Mama simbol harapan dan Ayah simbol pengorbanan pada Nadh. Depa segalanya, tapi dua yang disebutkan tu adalah serba serbi yang mungkin satu hari Nadh panjangkan dalam satu entry. :D Apa pun, siapa Nadh hari ni adalah hasil didikan depa, dan apa yang depa terapkan dalam diri putera depa ni. Nadh akan jadi Ayah yang baik pada anak Nadh dan akan jadikan bakal isteri Nadh macam Mama yang mendidik Nadh. Mopga diperkenankan.

3. Sifu-sifu Nadh. Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Abdullah Khairi. Seriously Nadh adore depa ketat-ketat. Pasai, depa menjadi sumber inspirasi Nadh dalam mencapai impian Nadh menjadi sorang penyampai. Cara depa sampaikan tu unik dengan humor dan isi yang ringkas, padat dan "dalam". Malah merupakan Motivator yang hebat pada si pendengar. Nadh tidak meniru, tapi ingin jadi macam depa, sebab bagi Nadh nak menyampai, kita tak perlu jadi terlalu serius, tapi kena padan dengan tempat, baru pendengar suka dan tertarik, maka dengan itu, depa lagi minat nak dengar. Suma ni Nadh belajar dari depa. Harapnya satu hari dapat jadi macam depa. Moga diperkenankan cita yang menjadi harapan ni. Amin Yarabbal Alamin. 


Note : Harap tuan tanah tak kesah Nadh punya beberapa yang menjadi sumber Nadh.

4 comments:

cik pulau said...

segmen apa ni nadh???
suka dngn idola nadh..

fRaMe+LenSeS said...

Cik Pulau :: ni segmen cik bunny. jum la join sama.. :D

kiera'sakura said...

amin.. moga diperkenankan Ilahi...

fRaMe+LenSeS said...

Amin. AMin yarabbal alamin. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA