Followers

Saturday, 14 May 2011

Istilah Hamba

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat yang bukan Islam.

Mungkin entry kecil-kecil sebagai peringatan buat Nadh dan buat semua yang membaca.
Bermula dengan kejadian semalam. Yang mana semua kehilangan authority untuk masuk dan login dalam Blogspot.com dan update blog. Dalam pemerhatian Nadh, masing-masing pakat mengelabah dah, pakat dah susah hati, tak kurang Nadh lihat yang nak marah, yang geram, suma ada, macam-macam ada. 

Hari ni Nadh nak sentuh bab Hamba. Apa yang kita faham mengenai Hamba? siapakah Hamba? Apa itu Hamba? Hamba dari kamus dewan memberi makna Abdi atau budak seliaan yang bekerja seseorang dengan tidak mendapat apa-apa bayaran. Dalam bahasa mudahnya, hamba ini adalah pekerja kita yang kerja tanpa sebarang bayaran, cuma yang dia kena wat adalah mengikut arahan kita.

Mari kaitkan dengan diri kita. Siapakah kita? Untuk apakah sebenarnya kita dicipta? Adakah kita ni sorang BOSS? Adakah kita yang memberi ARAHAN? Adakah kita yang tentukan apa yang kita MAHU?
Rasanya semua akan kata kita adalah HAMBA ALLAH.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(Az-Zariyat : 56)

Persoalan yang nak Nadh utarakan, Adakah kita menjadi HAMBA yang baik? Adakah kita benar-benar menjadi seorang HAMBA yang tidak pernah mencabar arahan TUAN NYA? Adakah kita seorang HAMBA yang TAAT? Merenung kembali kejadian semalam, pabila kita semua mula berbicara mengenainya, masing-masing mulai kecoh dek kerana satu ujian ataupun mungkin satu ujian yang ditentukan TUAN kita. DIA menguji kita dengan sedikit cabaran, mungkin ada yang akan kehilangan apa yang kita sayang ini, iaitu nikmat berblogging, kita mula membebel, menunjukkan bahawa kita tidak gembira dengan kejadian ni.

Baik, rujuk kembali pada HAMBA di mata seorang TUAN, yang mana apabila diberikan arahan, kita TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MEMBANTAH, MALAH DITUNTUT MENUNAIKAN TANPA BANYAK MENGOMEL. Yang menunjukkan kekuasaan TUAN kepada kita. Jika itu kata TUAN, itulah buat kita, tidak pada TUAN, tidak lah pada kita.

Dalam hidup, kita selalu mengikut kata BOSS, takut untuk membantah, sebab dari dia la arahan tu dan dari dia kita mendapat kepuasan hati yang mungkin selepas itu diberikan balasan pujian atau mungkin naik gaji atau bonus, TAPI kita lupa bila dikaitkan dalam hal MENJADI HAMBA KEPADA TUHAN SEGALA ALAM IAITU ALLAH, kita tak takut untuk menolak ARAHAN DIA, tapi kita berani melawan, malah mempersoalkan ARAHAN yang diberikan, tanpa TAKUT, tanpa SEGAN kita kekadang mempersoalkan SUSUNAN ATUR ALAM yang dah ditentukan. Siapa kita nak berbuat demikian?

"Jika ALLAH hendak memberi kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun, Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun, Jika ALLAH uruskan urusan kita, dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh buat apa-apa tapi mereka tidak boleh mencabar kebesara kerajaan ALLAH, jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH, apa yang orang rasa rugi ALAH akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka, tapi ALLAH boleh mewujudkan kejaiban dan kehidupan..... "


Wallahualam.

Yang Sempurna, Yang Maha Hebat itu dari ALLAH, yang silap dan kurang tu dari Nadh.

Semoga mendapat manfaat.

10 comments:

forever love said...

baru tahu sape tuan blog nie.. hihi..

betul2.. manusia jadi cmtue sebab manusia nie tak nampak Allah.. kita cuma dapat rasa Allah itu ada. itu pun jika manusia tersebut taat kepada Allah...

kalau TUAN atau erti kata lain bos.. kita nampak die.. ada depan mata die.. sebab tue hamba tersebut takut dgn tuan die...

fRaMe+LenSeS said...

Forever :: ehh.. tengok mana tuan belog ni? tak penah tjk muka ni.. :{

Yup. kamu kta betoi tu. itu yang perlu kita betulkan, sebab Boss pn adalah tertakluk pada ALLAH Tuan Segala Alam. kalau semua takut pada ALLAH, suma kerja pn akan jadi jugak sebab hasil kerja kita akan diluahkan dek keikhlasan. kan? :D

Ajeyy Rawk said...

thanks 4 info .. hehe :)

fRaMe+LenSeS said...

Ajeyy :: tadak hal.. :D moga kita dari kalangan yang mensyukuri. dan sedar hakikat hamba sebenar..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

betoi tu nad..sy setuju sangat..=) tanx 4 sharing dear,

fRaMe+LenSeS said...

Siti Nur :: sama2 kamu. :D

tomatokering :) said...

nak lagii along...suka semua entri along :)

fRaMe+LenSeS said...

Erika :: maceh.. InsyALLAH akan ada lagi.. :D

kiera'sakura said...

semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang sering bersyukur diatas segala yang diberikan.. amin...

fRaMe+LenSeS said...

Amin2. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA