Followers

Tuesday, 17 May 2011

Bila Rasaku Ini Rasamu

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat yang bukan Muslim yang membaca.
Baru jap tadi Nadh tengok berita. Mengenai seorang akak yang wat pengakuan dia berasa ketakutan yakni fobia setelah disimbah sejenis cecair dipercayai asid pada beberapa hari yang lepas iaitu pada hari Jumaat lepas.

"Saya rasa ketekutan, setiap kali saya dengar bunyi motor atau kereta saya jadi ketakutan, saya akan berhenti dan amek masa dulu sebelum saya keluar dari kereta, malah nak berjalan dengan keluarga pn sampai keluarga kena kepung saya, sebab saya takut..." (sedutan kata-kata akak tadi dalam berita TV9) 

Dari cerita di atas, menunjukkan betapa ketakutannya akak tu setelah peristiwa tu. Sungguh kesian Nadh dengar cerita dia. Sebenarnya motif utama Nadh nak sebut dalam entry ni adalah mengenai "Andai Rasaku Ini Rasamu", iaitu apa yang kita buat sekarang pada orang , akan kembali kepada kita juga akhirnya, kerana dah dijanjikan ALLAH dalam satu firmannya yang berbunyi

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Ayat di atas menunjukkan bahawa ALLAH sememang nya MENJANJIKAN BALASAN untuk setiap KEBAIKAN dan KEJAHATAN yang kita lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. ianya akan dibalas kelak, Sama ada cepat atau lambat, didunia atau di akhirat kelak, ALLAH pasti akan membalasnya.

Dengan itu, beringatlah kita, bahawa kita akan bertemu kembali dengan balasan atas tiap perbuatan kita satu hari nanti. Jadi beringatlah, dan jangan berbuat aniaya kepada orang lain.

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (al Ahzab 58)

Bayangkanlah apa yang kita lakukan hari ini, seperti kisah asid ni, dibalas kepada kita, (masa ni kita mungkin bisa menerima hakikat, kerana ni adalah balasan buat diri kita yang jahat kan), TAPI ANDAIKATA ALLAH kembalikan balasannya kepada INSAN- INSAN KESAYANGAN KITA, seperti IBU, ISTERI, ANAK, ATAU KAUM KELUARGA kita, apa perasaan kita? apa yang kita rasa? Pastinya rasa lebih sakit kan? kerana melihat yang kita sayang menderita.

Andai Rasaku Ini Rasamu.... Apa katamu? Apa rasamu? Apa perasaanmu?
Elakkan berbuat aniaya kepada orang lain. Kita bisa mengelakkannya...



Wallahualam.
Yang terlebih hebat dan sempurna tu dari ALLAH, yang kurang tu dari Nadh.
Semoga mendapat manfaat.

8 comments:

Sunah Mohammad said...

kesiannya dia kerana rasa takut tu...
beruntungnya dia kerana diampunkan dosanya kerana kejadian tu...

pastinya balasan yang setimpal akan diberikan kepada pelakunya kelak....

fRaMe+LenSeS said...

betul tu Sunah. kita doakan la dia akan pulih. n y bersalah tu mendapat balasan setimpal. atau setidaknya insaf atas perbuatan dia. amin. :D

cik pulau said...

moga manusia yang terlibat tu dapat balasan setimpal..

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum nadh....
posting yg sangad menarik....beringat2..dan ingat2 malang ta berbau.....lynn lebih banyak berjalan dgn abi dgn ummi saja..klu nak berjalan2...jalanlah dgn kelompok yg ramai ..jauhilah berjalan seorang diri.....jgn lupa baca doa ni..Alloohumma jannibhumul fawaahisya wal mihan, waz zalaazila wal fitan, maa dhoharo minhaa wamaa bathon.

ertinya: "Ya Allah, jauhkan mereka dari segala bentuk kejahatan dan cobaan, juga dari segala bentuk bencana dan petaka, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi".

amin yarabbal alamin.....

'yAnA' Cute said...

cian akak tuh..mst trauma sgt2 an....sapa la yang buat jahat kat dia tuh..smg dia cepat sembuh...

hrp2 org yg lakukn perbuatn tuh akn mndpt hukuman yg setimpal dr Allah..
kalo yana yg kena mst yana fobia n trauma sgt2..silap2 nk kuar umah pn takot..kalo jd kat adk=brdek or family or kwn2 mst la yana mrh kt org tuh..tp xbole marah sgt an..kna redha n hrp org tu insaf ngn prbuatannya... (=

cik sakura said...

bila dengar berita-berita macam ini rasa takut itu timbul dalam diri..cik sakura pun takut juga dan senantiasa berhati-hati..

miss.Addin said...

subhanallah, nak keluar pun dah takut sekarang ni.

Allah itu Maha Berkuasa :)

fRaMe+LenSeS said...

Cik Pulau :: semoga aa.. n moga dia bertaubat n insaf aa..

Pipi Merah :: maceh kongsi doa ni ng Nadh.. akan Nadh masukkan dalam satu entry. :D maceh sgt.. terharu ni.. T.T

Yana :: cian dia trauma kan? so kamu jaga diri bebaik ya dik..

Cik Sakura :: cik sakura, jaga diri bebaik ya.. moga cik sakura sntiasa dalam limpah kurnia dan lindungannya..

Miss Addin :: takut jugak. tapi kalau dah ditakdirkan nak wat camne kan? kita berhati2 dalam idup ya.. moga ALLAH lindung kita..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA