Followers

Friday, 27 May 2011

TIPS Membuat Pilihan

Assalamualaikum..

Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni ada lagi entry kaitan dengan CINTA yang Nadh nak ketengahkan ni. Iaitu berkaitan dengan membuat PILIHAN.

Siapa yang tak mahu yang terbaik dalam hidup kan? Tambah bagi yang pernah merasa peritnya disakiti dalam perhubungan kan? Selain tu, bagi yang baru sahaja nak menginjakkan diri dalam arena bergaul laki dan perempuan ni, mungkin sedikit TIPS ni dapat membantu.

1. Beragama - Siapa tak inginkan IMAN dalam sesuatu perhubungan tu kan? bagi si LELAKI jugak, dia semestinya mengharapkan MAKMUM yang terbaik yang dapat dia bimbing sebaiknya kan? Yang mendengar teguran, yang mengikut arahan, yang taat pada ajaran agama.

2. Tanggungjawap - ini salah satu sikap yang penting dalam satu perhubungan tu, bagi yang dah memikirkan untuk perhubungan yang serius, hal ini sangat dititik beratkan, UNTUK melihat hal ini, lihat cara dia dengan family, selalunya yang berkeluarga ni, dia sangat bertanggungjawap, Contohnya diberatkan hal kesihatan ibubapanya, sakit ibu bapa di bawa ke klinik, pendek kata anak soleh / solehah yang bertanggungjawap.

3. Peka - Selalunya si dia sangat sensitif akan perubahan yang berlaku. Manusia dari kalangan ini, pandai membaca situasi, malah bijak mengawal keadaan dan kepekaan dia buat dia berfikir sebelum berbuat sesuatu. 

4. Caring - siapa tak mahu manusia jenis ni berada disisi kita kan? kehadirannya buat kita rasa tak perlu yang lain lagi disisi kerana perhatian yang dah diberikan tu. :D

5. Tegas - Sikap ini selalunya yang akan mempertahankan sesuatu pilihan yang dibuat. TAPI AWAS, ketegasan yang untuk perkara yang tak betul tidak seharusnya dilayan. 

6. Penyayang - susah untuk kita tahu kesayangan kita dari LELAKI tapi bukan bererti mereka tidak sayang, cumanya TAK PANDAI NAK TUNJUK.

7. Boleh Menerima Teguran - mungkin sesetengah kita tak terfikir kan? tapi Penerimaan mereka bila ditegur tu juga PENTING. Tiada manusia yang PERFECT dalam dunia ni, tapi kita MAMPU BERUSAHA untuk menjadi LEBIH BAIK SETIAP HARI. Dan dengan menerima teguran, kita akan dapat memperbaiki diri kita.

Nabi Muhammad ada pernah menyebut dalam satu sabdanya :
 Perempuan itu dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama agar selamatlah dirimu” (HR Bukhari Muslim).

NOTE :: Setiap dari kita tak terlepas dari berbuat salah, semua sama disisi ALLAH, kita hamba dan manusia lemah yang tak berhenti dari berbuat dosa, kesedaran kita akan buat kita lebih baik setiap hari bila kita berusaha untuk memperbaiki diri, ALLAH dah berjanji dalam firmannya, Lelaki baik untuk perempuan baik, dan begitu jugak sebaliknya, menunjukkan ALLAH dah sediakan yang terbaik buat kita, dan pilihan sekarang di tangan kita, NAK YANG TERBAIK, DIRI JUGAK PERLULAH JADI YANG TERBAIK !! 

Note kecil : Membuat pilihan yang terbaik? Tanyalah ALLAH, DIA dah sediakan Solat Istikhrah dan Doa. Gunakan la sebaiknya kelebihan yang dah diberikan ni.. ALLAH Maha Mengetahui tiap apa susunan NYA buat Hamba-hamba nya ini.

Wallahualam. 
Moga mendapat manfaat


15 comments:

CYCY's AMIRUDIN said...

TERBAIKKKKKK !!!

cikki's said...

setuju...

torazmaih said...

satu tips yang bagus.....
kita seringkali di ingatkan apa yg penting dlam membuat pilihan.......

tomatokering :) said...

wahhhhhhhhhhhhh ~ :D

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah... menjadi dan mencari kan CA?

miss.Addin said...

manusia insan yang lemah tp pintu taubat sentiasa terbuka kan :)

minta lah petunjuk dari-Nya :)

udin said...

nice entry bro.. terbaik!

sergeant keroro said...

betul nadh,setuju =)

fRaMe+LenSeS said...

Cycy :: maceh.. :D

Cikki :: stuju ae? wahh kira sy betoi la ni? :p

Mas :: ye betul.. :D jadi sila berhati2 membuat pilihan..

Erika :: apa y wahhh tu cheQ?

Sunah :: setuju ng boss.. :D

Miss Addin :: benar, mintak dari DIA. DIA Maha Tahu.. :D

Udin :: maceh bro.. :D

Keroro :: maceh stuju ng Nadh.. :D

shahjiehan said...

ni yg rasA nk mkn nasi minyak nadh ni...


heeeeheheh

jom baca dan komen 10 gambar kereta konsep BMW hybrid. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

nadzli azlan said...

Dr Love lagii :p

Muslimah Optimis said...

terima kasih atas perkongsian ni...
lama kot tak drop komen kat blog ni..asik baca dan keluar je.. hihi.. masa BW agak terbatas.. teruskan menulis ya, pasti ramai yang membaca..

:D

fRaMe+LenSeS said...

SJ :: Nasi minyak? nak Nadh masak ka? :P

Adik :: tade la. :P

AImaa :: insyALLAH, moga2 ada la peringatan2 baru untuk disampaikan.. :) Moga ALLAH beri ilham pada Nadh.. :D

kiera'sakura said...

lepas nie bukak klinik love...
dr. love!!! (ikut adk) hihihihi

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: yo lahh.. :P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA