Followers

Tuesday, 10 May 2011

Kenapa Separuh-separuh..?

Assalamualaikum,.

Hari ni Nadh kembali lagi dengan entry yang tak tahu nak kata ilmiah ka tidak tadi. Cerita dia tadi semasa tengah makan tengah hari dengan sorang sahabat, kami bersembang mengenai separuh-separuh ni. Setelah sahabat sebut mengenai "Aku nak sabar la ni. Tak mahu sabar separuh dari iman, nak sepenuh dari iman.."

Nadh nak tanya dengan anda, apa yang anda paham dengan Separuh dari Iman tu? kenapa tak di katakan Sepenuh Iman? Kenapa nak Separuh-separuh..? Terfikir tak menda ni? 

Pendapat Nadh dia macam ni, Sabar itu Seperuh dari Iman. Kenapa separuh dari Iman? Sebab separuh lagi terletak dari pergerakan kita selepas itu. 

Situasi pertama : Bayangkan ye, kita kena buli, kita rasa macam kan? kita sabar sebab kita tak berani nak balas, sebab kita tak mahu bermusuhan, tapi dalam hari kita dok maki-maki orang tu, sebab marahnya pada dia. Sambil dari tu, kita pergi cerita plak dekat orang lain, kita burukkan dia sebab kita marah dekat orang yang membuli kita tu.
Situasi kedua, kita marah sebab kita dibuli, tapi hati kita tak berhenti beristigfar, malah kita doakan plak orang tu "Ya ALLAH, kau bukalah pintu hati dia, sedarkanlah dia bahawa dia sedang buat naya dekat orang, kau sedarkanlah dia Ya ALLAH, jangan ada lagi yang menjadi mangsa dia, biarlah aku yang terakhir terkena dengannya. " selepas dari tu, kita solat dan berdoa lagi, mintak ALLAH tenangkan fikiran kita. 

Selesai 2 situasi Nadh sebutkan, renungkan keduanya punya perbezaan KETARA SANGAT iaitu nilai ROHANIAH dalam hati dan jiwa kita. Dari situ barulah terisi Separuh Lagi Iman yang ada tu. Bukankah itu yang Islam tekankan pada kita, yang setiap dari kejadian berlaku itu adalah terselit padanya hikmah yang tak kita ketahui, bersangka baiklah dan kita pasti akan bersyukur bila satu hari nanti tiba dan kita mengetahui apa dia yang dah kita buat dan kita dapat tu..

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)


Sekian, yang baik dan sempurna itu dari ALLAH, dan yang kurang lagi lemah tu dari Nadh.
Moga sama-sama kita dapat manfaat dari perkongsian Nadh yang sedikit ni. Amin.

10 comments:

sesegar said...

nice post.bravo!

kiera'sakura said...

nice.... selalu tak terkata...

hadiee said...

bila unsur-unsur positif banyak dalam diri, percaya lah yang kita sebenarnya sedang kembali ke jalan ALlah swt. insyaAllah. istajib du'a ana Ya Allah. :)

Inchik Eman said...

iman tk dapat diwarisi dr bapa yg beriman dan tawaduk bertakwa. eman masih memperbaiki diri untuk ke arah lebih baik. Insyaa-Allah.
;)

nora amila ghazali said...

hurmmm perkongsian yang menarik.. hurmm sabar nora sabar.. hihi

Muslimah Optimis said...

terbaik la sahabat...

kami penah baca kat buku sabar adalah separuh daripada iman dan separuh lagi adalah ucapan terima kasih atau bersyukur dengan nikmat Allah swt..

Farhana Jafri said...

love ur opinion nadh! kne bnyak brsabar and always thik positive :)

jemput singgah ANASAURUS :)

fRaMe+LenSeS said...

Sesegar :: maceh.. :D

Kiera :: jangan kata la camtu..:P

Hadie :: yup. moga2 kita antara golongan hamba yang bersyukur kan? :D

Eman :: amin2. Nadh mendoakan kamu..

Nora :: ha sabar dik. tak sabar nt marah2 muka nek kedut. eeuu. tak comei nt.. :P

Aimaa :: ada ka? buku apa tu? wahh.. terbaik la..

Farhana :: terima kasih sebab suka.. u too, sama2 kita fikir positive na.. :D

Diba said...

sabar itu sangat indah:)

fRaMe+LenSeS said...

Diba :: yup. u r rite.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA