Followers

Thursday, 26 May 2011

Pandai ang amek hati aku na..

Assalamualaikum..

Nadh baru selesai solat Subuh ni. Sebenarnya kan, idup Nadh bermula awal sikit pagi ni, (awal dari hari-hari biasa). Ceritanya tadi pukul 4 lebih, Apis dah call Nadh, suruh Nadh kejutkan So'od, sebab depa janji dengan Customer pukul 5:30 nak gerak ke site PKRPM1 dekat Kerteh, Terengganu. Jadi, dipendekkan cerita Nadh pun bangun dan kejutkan So'od dengan mata yang terkatup sebab ngantuk (tido lewat semalam sebab nak tlg kejutkan sorang sahabat bangun wat kerja). 

Lepas tu tak pepasal, kul 5 Apis call lagi, Nadh tak angkat dah time ni (saja takmo angkat, alasan tido la konon), tapi si Apis ni pass dekat So'od plak. Dah si So'od ni memekak2 ketuk pintu bilik Nadh. Nadh sekali lagi bangun, gosok2 mata, terus di pass telefon pada Nadh. Apis mintak Nadh atakan So'od pergi rumah Customer sebab Customer dah bising, depa gerak lambat. Customer ciap ugut lagi, kalau tak mai time tu, dia majuk takmau p Kerteh dengan depa. 

Dan dengan itu, Nadh dalam terpaksa rela bangun dan p mandi sebelum menghantar So'od ke rumah customer dekat Kota Damansara. (hati bermonolog, apo la Krie ni, kalut2 nak p mana.. Mood : tensi sebab tido terganggu).

Sesampainya dekat sana, Apis tak sampai lagi, menunggu la kami bertiga. Apis sampai pukul 5:50 jugak la. Dia leh plak silap jalan, masuk kot area umah lama Customer. Sesat tu yang lambat tu. huu.. 
(Note : Nadh sampai umah khairie pukul 5:40, tapi jam Nadh kul 5:30. Chehhh jam tu lewat 10 min. )

Sebaik dia nampak Nadh, Nadh masuk keta dia. Dia hulurkan Nadh yang ni.. 
Cekodok. Ni la yang menjadi santapan Nadh sepanjang dalam perjalanan balik tadi. Ni ja yang tinggal, tadi penuh satu plastik ni.. ehhee,..

Macam tau-tau ja Nadh suka. Sempat la Nadh kata dekat dia, "Pandai ang nak amek hati aku noh?"
Syukur alhamdulillah la, ALLAH amek 1 (nikmat tido), DIA ganti dengan bagi sarapan pagi. ALLAH syg kat Nadh kan? 

Hihi... itulah coretan awal pagi Nadh. Nak masuk tido dah.. Tata readers.. nanti kita sembang len na. **cakap sambil tangan gosok mata** 

Morning~~

5 comments:

iniialahaku said...

tu cekodok kah????awat ceq nmpak macam goreng pisang???xpon macam cucoq udang??

cik pulau said...

huhhh...
morning...^^,
lalala~

kiera'sakura said...

comel... hihihi

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

baca entry ni sambil gosok2 mata juga

heeee....

Miss Ran said...

lme tak makan...sedap2

mmg pndai amik ati

Buta+Pekak+Bisu=CINTA