Followers

Sunday, 29 May 2011

Perkongsian Minda.

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wahhh.. Macam banyak ja tajuk nak Nadh kongsikan lepas Nadh balik dari kuliah kan? Seriously memang banyak pun sebab module pengajaran kali ni banyak kepada perbincangan dan Nadh bergaul dengan para guru-guru seMalaysia kan, memang banyak yang membuka minda dan pemikiran Nadh.

Macam tadi kan, present tentang 4 tajuk besar, iaitu :
1. Hubungan antara kaum di Malaysia sedang baik-baik aja. 
2. Hubungan antara kaum di Malaysia sedang meruncing.
3. Mewujudkan 1 Malaysia, Kaum Malaysia
4. Mengekalkan konsep berbagai kaum di Malaysia.

Nadh terpikat benar dengan tajuk yang di bentangkan oleh kumpulan 2 iaitu Hubungan antara kaum di Malaysia semakin meruncing. Semasa perbincangan dilakukan, ahli kumpulan ni (sorang abg cekgu) banyak menyentuh isu yang kita tak dihebahkan, dari berbagai segi dan cuma menjadi isu "disapu bawah karpet" yang sepertinya cuba ditutup demi untuk menjaga kestabilan keharmonian di negara ni. (kononnya).Nadh tak sangka rupanya banyak yang disorokkan yang tidak kita ketahui.

Mungkin kami agak offensive kan, tapi bagi Nadh isu seperti ini bukan isu kecil kerana ianya akan dapat memporak perandakan keharmonian antara kaum di negara ini. 

Terus terang Nadh katakan la, Nadh sangat kagum dengan abang-abang n akak-akak dalam kelas Nadh ni. Walaupun depa dari kalangan guru-guru yang bagi Nadh mempunyai standard lain dari Nadh yang cuma kerani cabuk ni, tapi depa sangat happening dan yang paling Nadh kagum adalah cara depa tu, cara menyampaikan buah fikiran, cara depa berbual, cara depa menyampaikan, buat Nadh rasa seronok sangat, (tambah-tambah yang baik dengan Nadh ni sat dok kuaQ ayat Quran tu, sat ayat ni, kata-kata tu ada ja la ayat jadi sebutan, Nadh jadi kagum dan seronok sangat.. ).

Ni yang buat nak kenai dengan lebih dekat ni, bukan apa, ILMU yang depa ada yang Nadh tadak tu dah buat Nadh seronok sangat. seriously la, banyak membuka minda tadi, sebab perbualan kami bukan sekadar "bual kosong". Alhamdulillah, Nadh happy sangat, syukur pada ALLAH yang buka hati Nadh nak join kelas ni. Syukur.. syukur.. Alhamdulillah.. :D

Apa pun, terbukti la, golongan cerdik pandai ni, depa lain kan, takkan nak sama macam kerani cabuk macam Nadh ni kan? hihihi.. rendah diri plak rasa.. T.T


3 comments:

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah... bagus lah macam tu...

nanti kerani cabuk pun bakal jadi kerani bertauliah... insya'Allah..

fRaMe+LenSeS said...

Sunah :: amin2.. maceh boss.. :D

kiera'sakura said...

alhamdulilah... =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA