Followers

Wednesday, 2 March 2011

Si Cantik Bertudung


Si Cantik Bertudung

bertudung - cantik dalamannya. tak nafi ada jugak yang dalam tak okeh kan. tapi 1st impression. cun dah tu. pasai, pesanan ALLAH dah diikut.

Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” Surah al-Ahzab :: 59

Kalau dia tambah plak dengan ni....

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu." ( Hadith Riwayat al-Tirmizi )

dan akhirnya...
Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.” (Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". ( Hadith Riwayat Ibn Majah)

Note :: semoga dengan secebis ingatan dari nadh.. membuka minda kamu. yang dituntut itulah segalanya. cantik dalam, cantik luar. bukan saja dari kaca mata seorang hamba, tapi yang Maha Mentadbir sebenarnya. wallahualam.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA