Followers

Wednesday, 22 June 2011

Kisah Makcik, Kambing dan Rumah nak roboh.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik Nadh malam ni. adalah sambungan cerita pagi tadi yang Nadh bualkan dengan kawan-kawan Nadh dekat  foodcourt lepas makan tadi. Semua berkisar tentang kehidupan. 

Lepas tu Nadh panjangkan dekat rumah dengan seorang sahabat. Tentang "Semaju mana yang kita kejar? " dan dari sana sahabat buat kesimpulan, maju dari segi apa yang kita nakkan? Dan adakah kita maju dengan kedudukan dan taraf hidup masyarakat yang makin menyusut. (Maaf sebab Nadh tak pandang pada yang kaya, tapi pada yang SUSAH yang MAKIN SUSAH sekarang ni dengan kadar kenaikan taraf hidup).

Kemudian, datang pula cerita Bersamamu TV3 tadi. Mengenai seorang makcik yang hidup sebatang kara dan ditemani kambing dan tinggal di rumah yang dah nak runtuh. Nadh tengok pun gerun. Serious, tengok rumah dia, dari luar nampak macam rumah dah tak ada orang tinggal, dengan dan separa runtuh tu. Sedih sangat.. 
Masa host Bersamamu bawa pergi tour rumah dia, memang nampak daif, dengan bau yang kurang menyenangkan (Ye la tinggal dengan kambing kan, dengan rumah yang lembap sebab atap yang bocor). Nampak sangat daif sebenarnya. Kata makcik tu, pernah sekali tu, ada ular masuk dalam rumah, dia punya la takut, naik kat atas tu, (cuba bayangkan, lantai atas tu dah reput, dan makcik pernah terperosok kaki sebab pijak lantai atas tu).

Moral of the story, Nadh nak kita sama-sama renungkan, MAJUKAH kita bila masih ada lagi orang macam tu? Kita mengejar kemajuan kerana NAMA ja sebenarnya. Nama gah dipermukaan dunia, tapi yang ada di kampung-kampung? di pedalaman? Sama macam cerita di Sabah tadi, taraf hidup mereka sangat rendah, masih ada tempat yang tiada air, dan masih menggunakan air hujan untuk makan dan minum, manakala air sungai yang keruh untuk mandi, betapa tak selesanya mereka.


"Semaju manakah yang kita katakan diri kita? Yang dikejar, yang ditinggal? Yang terlepas, yang dilepas.? "
Renung-renungkanlah...




6 comments:

SHAFIQ HASHIM said...

Ada tengok td bersamamu di TV3, mak cik tu pun lawak..

Iffah Afeefah said...

yang kaya makin kaya

yang miskin mati kebuluran

ct N honey said...

walaupun kita rasa diri kita susah,masih ada lagi orang yg lagi susah dari kita...
Hentikan Maharaja Lawak,gantikan dengan ceramah agama

fRaMe+LenSeS said...

Shafiq :: hihi.. itulah tapi sedih tgk..

Iffah :: OTW.. caya la.. akan jadi camtu nt..

Ct :: setuju.. ada lagi yang susah dari kita kan?

Aku Ibu Muda said...

kita ghairah membantu mereka di luar, tapi di negara sendiri?

fRaMe+LenSeS said...

Kak Ibu Muda :: setuju dengan kak. T.T

Buta+Pekak+Bisu=CINTA