Followers

Thursday, 23 June 2011

Bunuh diri, kecewa Frust, kenapa?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Baru lepas baca kisah CUBAAN BUNUH DIRI dari belog seorang sahabat kejap tadi.
Since kejadian ini melibatkan Ilmu dan pelajaran. Nadh cuma nak sentuh sesuatu dalam scope pelajaran sahaja.

Kenapa? satu persoalan buat semua yang membaca. Kenapa anak sampai ke tahap nak bunuh diri ??
Disini beberapa punca yang dikenal pasti menjadi sebab kenapa kejadian ini berlaku.

1. Apabila anak terlalu ditekankan dengan KEJAYAAN-KEJAYAAN dan KEJAYAAN. Harapan yang terlalu menggunung memberikan tekanan pada anak.

2. Kekadang tu, apabila menjadi antara yang paling LOW dalam family juga memberikan tekanan. TERUTAMA bila Kakak, Abang, atau Adik lebih hebat mendukung cita-cita Ibu dan Ayah yang mahu melihat anak-anak berjaya.

3. Rakan sebaya. Melihat kejayaan orang lain dan diri yang terkantoi mungkin boleh memberikan tekanan apabila diri lebih teruk dari kawan-kawan. Kena pula berada dalam kelompok yang suka perli, akan menambahkan tekanan pada si pelaku.

4. Overconfidence. Lazimnya berlaku apabila merasakan diri "dah terer", tup tup apa yang dirasakan hanya sekadar "syok sendiri". Ini menyebabkan diri rasa kecewa yang teramat. 

5. Terlalu menekan diri, apabila usaha dan dilakukan, dan hasilnya hanyalah HAMPA, bagi yang kurang jati diri kemungkinan dapat menyebabkan pelaku tidak berfikir panjang.

Moral of the story, tiada lain melainkan AJARAN AGAMA yang dapat mendidik anak-anak kita beringat yang kejayaan yang diharapkan itu sebenarnya berkait dengan IZIN ALLAH juga, Dan tanggungjawap ibu bapa yang mengambil peranan mendidik anak, dan memberikan perhatian kerana REMAJA sememangnya berada dalam keadaan emosi bergolak sementara nak matang, ini masa paling kritikal kerana sedikit silap, mungkin bermakna kerosakan pada anak berkenaan.
"Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Note kecil : Hairan apabila ramai menangis sebab tak LULUS PMR, SPM, UPSR, tapi tiada yang nak menangis bila TIDAK KHATAM AL-QURAN,  TIDAK LULUS PENGAJIAN ISLAM, TIDAK PANDAI nak SOLAT. Adakah ini tandanya DUNIA sudah tidak hiraukan ALLAH dan Agama dibawa Nabi Muhammad SAW? Moga yang membaca bermuhasabah.

" Ilmu terbaik adalah ilmu yang membawa kita mencapai kejayaan DUNIA dan AKHIRAT "

9 comments:

cik najihah said...

yup betul tu..kadang2 rase tertekan bile asyik dipush untuk berjaya...
kesimpulannya..
pegangan agama yang kuat

fRaMe+LenSeS said...

Cik najihah :: moga kita bukan macam tu. :) amin2. :)

zuwaidah said...

mudah2an anak2 kita dibekalkan dengan ilmu agama yang ckup utk bekalan dunia akhirat..aminnnnnn

zaeimah ismail said...

mmg tertekan kalau face dgn masalah,,,bkn setakat result exam ja...tapi sbb kita ada pegangan so,,,,kita pastikan redha~~^^

tomatokering :) said...

kalau pegangan agama takde asas yg kukuh , tak tahu la apa nak jadik . T_T

Iffah Afeefah said...

suke ayat nadh last tu

betul la

tula memikirkan duniawi

ermmm

fRaMe+LenSeS said...

Zuwaidah :: amin2.. moga2 kita dapat beri y secukupnya pada depa nt. :)

Zaiemah :: setuju. redha la. mgkn tak cukup usaha ka. :)

Erika :: itulah dia..

Iffah :: ermmm.. T.T

kiera'sakura said...

sedih tgk sepupu2 dengan kawan2 yang selalu dipush tuk belajar.. betol la tue terlalu memikirkan duniawi smpi lpe pada yang abadi.. smoga kita terhindar dari cara mendidik anak2 mcm tue.. takut sgt,,,

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: amin2..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA