Followers

Tuesday, 7 June 2011

Budaya Yang Dimajukan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.
Topik malam ni adalah gambar bawah ni yang ditag ke page FB Nadh tadi. 


Nampak tak? KELEBIHAN KAHWIN AWAL?

Apa kelebihannya? Ada sapa sapa nak kongsi dengan Nadh.? Dari pengamatan dan kenalan Nadh, salah satunya yang best adalah, kahwin awal, ada anak awal, nanti dah TUA, anak pun dah besar-besar untuk jaga kita.

Contoh : Kahwin umur 24, umur 25 dapat anak. Katakanlah umur kita dah 50. Masa ni anak dah umur 25 dah. Besar dah tu, cukup matang nak jaga diri sendiri, dan insyALLAH, sekiranya didikan betul, menjadi anak Soleh atau Solehah yang menjaga kebajikan kita sebagai ibu bapa.

TAPI.....
Zaman sekarang ni susah nak jumpa dah, SEBAB, tak ada beribu-riban dalam akaun, takyah la nak fikir pasal kahwin. Sebab, semua sekarang MENGGUNAKAN DUIT. Dan dari kesimpulan yang Nadh dapat buat dari perbualan dengan akak dan abang yang Nadh kenai, ini adalah penangan "BUDAYA YANG DIMAJUKAN" . 

1. Budaya majlis yang bermegah-megah. (nak besar saja, kahwin sekali seumur hidup kan? ) Kesannya, Majlis KONPEM VOGUE, tapi HUTANG, lepas tu dah ada anak pun masih belum selesai bayaQ hutang. Dan lagi kritikal, masa kahwin MEGAH, tapi lepas kahwin, PAPA KEDANA. Sebab menanggung macam-macam demi majlis yang hebakk pojaan ramai tu. 


2. Majlis bertunang pun dah HEBAT n GAH macam nak kahwin. Sedangkan dalam ISLAM, ianya lebih baik dirahsiakan.
Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)


3. Tunang pun dah macam isteri, boleh heret ke sana, heret ke sini. Sedangkan dalam islam, perjumpaan yang bukan Muhrim itu, (tunang cthnya) perlulah ditemani oleh muhrim si perempuan. (Tapi dalam masyarakat serba maju dan canggih kita sekarang ianya dibenarkan, atas alasan, "BUAT PERSIAPAN NIKAH LAA" )


4. Berlumba-lumba menaikkan harga. Harga kurang adalah sama dengan "ada la yang tak kena tu" pada pandangan masyarakat. Jadi mulut masyarakat ditutup dengan HEBAT dan diabaikan pula REDHA dan PERINTAH dari ALLAH dan Rasulnya.

Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya"

Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )  


5. Budaya bersanding. Ini terang-terang adalah mengikut adat budaya masyarakat HINDU. Nabi SAW pernah berpesan :

" Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka " (HR Anas Bin Malik)

Dan ianya bukan setakat itu sahaja, bila hal ini berlaku, SUAMI sebenarnya dalam keadaan SENGAJA MEMPAMERKAN ISTERI buat tatapan yang bukan Muhrimnya dan hukumnya adalah HARAM. Dalam tak sedar kan, hari pertama menjadi SUAMI dan mula membaja DOSA dek kerana asyiknya dengan "BUDAYA YANG DIMAJUKAN" ni.


Dengan serba sedikit hujah Nadh yang membicarakan tentang "BUDAYA YANG DIMAJUKAN", diharap pada yang membaca, dapat sedikit sebanyak mengambil iktibar dan peringatan dari apa yang Nadh dah sampaikan ini. Ayat dibawah menunjukkan yang ALLAH tidak menyusahkan Ia, tapi kita yang menyusahkan Ia. 

Firman Allah SWT:
..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

 

Note :: Cukup setakat itu Nadh ulas mengenai  "BUDAYA YANG DIMAJUKAN" . Dan apa yang Nadh cakap ini sebenarnya berkaitan dengan kerosakan yang berlaku atas muka bumi ini juga, apabila perkara mudah disusahkan, tunggulah balasan yang akan ALLAH beri. Zina yang berleluasa sekarang, adakah ianya berkait dengan "BUDAYA YANG DIMAJUKAN" ini? Renung-renungkanlah.

Wallahualam.

18 comments:

Miss Ran said...

Nadh kembali

mmg terbaik

tp ttp tk nk kawen awl..nk tlg ibu ayh dlu bole

nadh patut kawen da

diya said...

salam .
betul sgt2 .
sekarang yang ada spm pun minx seploh ribu .
tu belum ada master & phd .
nak kahwin, buat simple2 sudah .
janji perhubungan pasangan itu dihalalkan :)

bersama kak Es said...

haaa!!
biarkan mereka membudayakan budaya yg tak terlarat nak ikut tu

kawen awal dan tahan telinga ( sebab majlis simple )
tapi kita jugak yang senang ( tak beban hutang )

Kak Es pun kawen awal .. anak sulung dah darjah 5 umur Kak Es belum 35 lagi :)

pha is said...

spatutnya, kawen dipermudahkan, nak elak perkara yg lebih teruk, iaitu zina... tapi msyarakat skrg buat mcm bnde pkahwinan tu kompleks gila... hehehe... jom tengok entry berkaitan : walimatul urus

udin said...

yup.. aku sokong pendapat ang.. pasal terlalu ikut trend sgt la ramai yg kawen lewat.. padahal kalau diikutkan cara islam mmg seseorang itu dah layak utk berkahwin pun.. tapi.. hurm.. entahlah.. ni lah akhir zaman..

'CikMimiEy' said...

salah satu kelebihan kita dpt jauhi maksiat yang terlarang tuh. lagipom dgn membina masjid ni boleh buat syaitan marah dan kecewa ngan anak adam sbb b'jaya membina sebuah hubungan yang halal lagi diredhaiNya ni...
kawan-kawan CM pon dah ade yang kawen walaopon kami baru 21 taon. huhu . perkahwinan dorang pon simple mimple je yang penting akad nikah ...

sekarang ni pon musim kawen kan ? Alhamdulillah , maken ramai yang mendirikan masjid .. ;)

kokser kokdam said...

nk kawen awal, tp masih terlalu awal utk ambo.. eheh

gedek! said...

Terikot-ikot adalah budaya kita....

NoRa DaDiLLa said...

setuju sgt.... =))

... said...

as salam..
syukran..
yeah.seperti yang ustaz love perkatakan berdasarkan rujukan surah dan hadith.

"manusia akhir zaman akan berlumba2 untuk mempercantikkan keindahan perkahwinan seperti yang dinyatakan dalam agam yahudi dan nasrani."

begitu juga sebahagian umat Nabi Muhammad akan lakukan. mereka mengikut sedikit demi sedikit sehinggalah menyerupai agama kedua-duanya.

bila sebut bab kawen ni, haih...teringat pula kisah para alim ulama' yang tak kawen kerana dikhuatiri menyakiti hati Isteri yang dikahwini.hm..

sergeant keroro said...

yup,setuju dengan semua tu.

nice entri nadh :)

Faris Adli said...

zaman sekarang susah nak kahwin awal..macam aku, tahun ni umur aku 25 tahun. jangan kata nak buat majlis gah, nak buat majlis simple pun tak mampu lagi..baru habis belajar. macam mana nak ada duit. ptptn pun tak bayar lagi

Liza @ Adzriel AB said...

kawin awal atau lambat dah jodohnya gitu tapi akak kawin umur 22, dpt anak sulung masa 23. hee...hhe.. la ni dah 5 org. mana ada sanding2.. sempoi je. hutang kawin pun xde.

aizamia3 said...

ada pasangan yang jodohnya awal dan alhamdulillah kekal bahagia.. tapi ada antaranya baru kena 'usik' sikit dah nak bercerai-berai.. kenduri bagai nak rak kesudahannya tragik kan..

paling penting emosi dan komunikasi 2 hala.. tapi selagi boleh janganlah bermegah2 nanti yang susah anak2 juga yang terpaksa tanggung hutang.. buat yang wajib sudah dan bersederhanalah pada majlis yang dibuat..

アヌム ちゃん said...

buat majlis ala kadar je pn takpe..asalkan diberkati je..tak rugi pun kawen awal kalau dah sampai jodoh.heee

fRaMe+LenSeS said...

Miss Ran :: alhamdulillah. cita2 murni tu. Nadh sokong.. :)

Diya :: ehh. toi ka? menakutkan la camtu.. huu T.T

Kak Es :: wah kak Es, terbaik sebab ini adalah diri kak sndiri.. maceh kongsi ng adik Nadh. :)

Pha is :: im so so so very very very setuju dengan kamu.. :)

Udin :: itulah bro. nak wat camna kan? budaya lebih diatas dari Agama. manusia lebih dijaga dari ALLAH. :)

CM :: a'ah la CM, Nadh setuju ng apa kamu kata tu, kamu ny bila? jgn lp pgl Nadh ya. .:)

Kokser :: hihihi. ilex dlu kalau awal lagi. :)

Gedek :: a'ah la. betoi la tu.. tapi kita terlalu mengikut. tu y betoi. :)

Nora :: maceh stuju ng Nadh. :)

Pakcik :: wslm.. pakcik. setuju kata pakcik tu.. tang yang pakcik sebut tu, takut kan? takpa lah, mgkn dah disediakan y leih baik bagi mereka di sana nanti. :) maceh kongsi hadis ni.. terbaekk. :)

Keroro :: maceh setuju ng Nadh. :)

Faris :: hihihi. nak wat camna. baru abeh kan? :)

Liza :: hihihi.. the best la kak. bgs la camtu.. :) permulaan yang baik. mendoakan kebahagiaan kak sampai bila2. amin..

Aiza :: a'ah la.. takut.. sekarang ni macam2. :)

アヌム ちゃん :: umm. betoi kata kamu.. :) setuju. dah jodoh kan? layan ja. hehe

angah said...

belom ada jodoh lagi la bro..:D

fRaMe+LenSeS said...

Angah :: insyALLAH ada la tu nt.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA