Followers

Tuesday, 21 June 2011

Bila yang ada dah tiada..

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Semalam Nadh tengok cerita Juvana. Ada satu babak dalam cerita tu, dia ada buat flash back di masa silam seorang budak tu, yang dulu, dia bebas dengan kekasih dia sampaikan kekasih dia mengandung. Kerana dia tidak mendapat perhatian dari Ibu yang terlalu sibuk dengan kariernya. 

Cerita tu buka selembar ingatan pada kita yang Dunia ini, bukan segalanya yang kita kena kejar. Tambah-tambah apabila kita punya sesuatu yang menjadi tanggungan dan adlah menjadi tanggungjawap kita untuk lebihkan perhatian kepadanya.

Seperti satu babak tu, watak cerita tu kata, 
"Papa You tak pedulikan You pun, kalau dia pedulikan You, dia mesti akan sedar perubahan You. Mama I pun sama, dia tak sayangkan I jugak, diorang tak pedulikan kita pun, mari kita lari..."

Ingatan dari kisah tu, UTAMAKAN yang UTAMA. Bukan sahaja anak-anak. Tapi sesiapa sahaja yang ada di sisi kita, tak kira sama ada Isteri, Anak, Mama, Ayah, atau Adik-adik, perlukan perhatian juga dari kita. Bukan erti kita tak perlu amek tahu pasal kerja kita, tapi MEREKA JUGA PERLUKAN SEDIKIT MASA DILUANGKAN BUAT MEREKA.

Macam Vlog Hari Ayah Nadh, (andai ada yang mendengar la), kita dapat capai apa sahaja dalam hidup kita, segalanya berganti-ganti, kecuali Ayah dan Mama kita, sekarang Nadh tambah Anak, Isteri, Suami, dan Adik-beradik kita. 

Percayalah.. "kita tak rasa hilang selagi kita ada, tapi kita akan sengsara memikirkan dan menyesal sebaik kita kehilangan dan tidak akan mendapatnya kembali.."

Hargailah selagi ada.. 


9 comments:

oshin said...

Betull , sebab tu lah orang selalu cakap hargai lah dya sementara dya masih ada . macam kisah juvana semalam seram jugak tengok igt dah nak terberanak dalam toilet . then mula berfikir yg anak tu masuk dlm lubang jamban . nauzubillah ;( kelaut pulak oshin fikir ;) btw nice entry . terkomen pnjg pulak . HEHE ;))

cik pulau said...

betoll..
sayangilah sementara ianya masih ada...^^,

Подтверждаю said...

as salam..
thank berkongsi pendapat dan teguran

=)

pun pakcik berminat nak sambung jadikan entri pendek..mungkin..

risa said...

tengok juga siri yg tu..tapi main point kat sini rasanya gejala2 yg tak baik tu semua berpunca dari rumah..sedih sebenarnya kalau parents2 yg langsung tak amik peduli kisah anak2..lagi2 remaja...macam2 pergolakkan ada dalam minda mereka..
itu untuk yg bermsalah dari rumah..ada jugak yg dah dibagi didikan dan kasih sayang yg cukup pon masih buat perangai..yg ni rasanya ibu bapa kena pikir ape puncanye

gedek! said...

NIce...!

Farhana Jafri said...

orang slalunya hargai bila ianya dah xada.. :(

jemput singgah ANASAURUS :)

Aku Ibu Muda said...

always agree with u dear! pentingkan yang terpenting :)

kokser kokdam said...

tgk jugak juvana minggu neh..

tu la situasi idop lani..

ibubapa xhirau anak2..

anak2 jd ape pon xtau

fRaMe+LenSeS said...

Oshin :: hihihi.. seram ye.. hihihi. :P

Cik Pulau :: umm benar.. hargai selagi masih ada kan?

Pakcik :: silakan pakcik. :) jgn lupa gtau Nadh ya..

Kak Risa :: setuju kak. kena tgk jugak, takleh lepas macam tu ja, tambah dunia sekarang ni makin hari makin banyak yang buruk dari baik kan?

Pakcik :: maceh pakcik..

Farhana :: a'ah. betoi la tu. dah tak ada baru terkedek2 cari kan?

Ibu Muda :: maceh setuju ng Nadh kak. :)

Kokser :: itulah.. itu reality kan? bukan hanya cerita..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA