Followers

Thursday, 16 June 2011

GA cerpen Si oh! Umar

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca. 
 


Aku, kalau tak ada yang kenai tu, memang tipu la. Sebab memang dikenali diserata alam bumi kolej ni. Memandangkan sikapku yang sweeeeet dan super duper nakal ni. Pernah tengok cita Lagenda Budak Setan tak? Dia tak cukup setan la kalau nak cita kat sini.

Dia baru bagi Lisa ku sayang tertelan cicak ja, tapi aku lagi baek punya, satu kolej aku bagi rasa cicak tu, kes dia aku geram anak makcik restoran tu taknak layan aku.

Walaubagaimanapun, dalam brutal-brutal aku , aku pernah sekali tu terkejut dengan satu kenyataan yang mengejutkan lagi mengejutkan dan memeranjatkan jiwa yang ganas lagi brutal ni. 

Aku suka sangat kacau sorang minah ni, nama dia Jijah. Dia ni nak kata cantk tu tak jugak, muka dah memang nampak loser, lepas tu tak menyerlah langsung. Minah kolej suma pakat pakai sendat-sendat, dia masih jugak nak pakai tutup- bagai. Tapi aku suka kacau dia, satu hari tu, aku pinjam pendrive dia, dan bermula dari kisah pendrive itulah aku jadi blushing semacam dan lepas tu jadi budak pemalu dengan dia.

Al kisahnya, dalam pendrive tu ada satu folder yang di hiddenkan oleh dia, aku ni dah biasa kan, si suka menjelajah menda-menda haram ni, aku pun terbuka lah satu folder yang ada dalam file hidden tu, dan apa yang aku jumpa sangat mengejutkan aku, 

12 June 2005
Wahai awak, 
Udah-udah la tu, tak berhenti nak menyakat orang, habis kawan-kawan saya awak kenakan. 

Kesian kat Bedah, ada ka patut awak pujuk dia buka kotak yang dalam ada lipas, macam la awak tak kenai dia tu penakut dengan lipas, habis luka tangan dia terlanggar cermin sebab terkejut masa tu. 

Si Midah tu, lagi la kesian, awak kejutkan dia masa dia ada dekat khayalak ramai, dia tu suka melatah, dah satu kolej sekarang tau pasai perangai latah dia tu. Kesian, hari-hari kena usik sekarang.

Itu saya tak cerita pasai saya lagi, awak ingat tak? Hari-hari kau kacau saya.
Tapi walau apa awak buat, saya tak kisah, saya suka awak, tambah waktu awak buat muka comei manja awak tu masa nak pujuk saya lepas saya ambil hati awak kacau saya. Awak tak tak awak sangat comel masa buat macam tu..

**kalaulah awak leh baca suma ni kan? **

Mula dari hari tu, aku jadi segan dengan dia. Kena plak sejak aku terjumpa dia satu hari dekat luar masa dia ada majlis usrah dekat Pusat Islam kolej ni. Masa tu, aku gelak kat seorang budak yang aku kenakan. Lepas tu tak sengaja aku terlanggar seseorang masa aku lari dikejar budak tu. Secara tak sengaja aku terlanggar Jijah. 

“oihhh tak nampak ka aku nak jalan? “ bentakku.

“maafkan saya.. maafkan saya.. saya tak sengaja..”. Sambil si dia mencari cermin mata yang terjatuh kerana pelanggaran tadi.

Dengan kerasnya aku ke depan dengan niat nak tolak ja minah ni. Tapi sebelum sempat aku menolak, si dia menoleh. Aku sangat terkejut, kerana yang aku langgar ini adalah Jijah. Subhanallah, cantiknya dia, bukan seperti loser yang aku selalu fikirkan, keayuannya, memukau. Aku terkejut memandangnya.

“ehh Umar, awak rupanya yang langgar saya.. Umar… Umar.. dengar tak ni? “

Aku masih tak menoleh pandangan ku, diibaratkan seperti aku sedang memandang permandangan yang sangat indah dihadapanku dan mata tak kelip kerana begitu asyiknya dengan apa yang terhidang didepan mata ini. 

“Umar.. awk okeh ka tak ni?” 

“Ummm.. Jijah, maafkan aku. Aku tak sengaja melanggar kau tadi.. “

“tak apalah awk, nak buat macam mana.. awk dari mana ni?”

“Aku dari kolej tadi. “

“Umar, marilah, malam ni lepas Maghrib ada majlis ilmu kat Pusat Islam. Marilah kita meramaikan sana..”
Aku terdiam, masih tak percaya apa yang aku lihat sebentar tadi. 

Dari hari itu, segalanya berubah, Aku mula curi-curi mengikuti pengajian di Pusat Islam. Sebabnya hanya satu, agar aku punya idea untuk dibualkan dengan Jijah setiap hari. 

Dan bersyukurlah, dari sana aku mula rapat dengan Pusat Islam dan Majlis-majlis ilmu ini, bukan itu sahaja, aku mulai dekat dengan ALLAH, dan inilah sebenarnya yang disusunnya buat aku dalam aku tak sedar, “dipinjamkan” kepada aku satu sebab untuk aku kembali kepada jalan benar yang di mahukanNYA.
Sekarang aku sudah tidak menoleh lagi, bukan kerana Jijah lagi aku ke Pusat Islam, tapi hati benar lembut untuk mengejar janji Syurga ALLAH, bukan cita dunia ini lagi. 

*****************************

Bertahun berlalu. Aku masih dengan Jijah. Sebagai kawan. Dengarnya dia sekarang pun dah kerja hebat. Sebagai seorang Akauntan di salah sebuah firma.

Aku juga pun tidak kurang hebatnya, aku sudah menjadi seorang Engineer di sebuah company Multinasional. Alhamdulillah keadaan sudah makin mengizinkan buat aku membuat pengakuan.

Aku mula melihat calendar. 

“haaaa, minggu depan 12 December, hari lahir si Jijah tu. Aku mesti buat sesuatu.” . Idea mula menyerang kotak fikiranku. Aku sudah berjumpa caranya. Tapi belum mahu meluahkan apa dia untuk ku sediakan untukku. Apapun, aku sedang ingin menyediakan hadiah besar buat Ibu dan Ayah juga. 

Keduanya ingin benar mendapat hadiah ini, tetapi aku berat menerima pelawaan mereka mencari calon untukku, kerana aku sudah berkali mendapat petunjuk dari Istikharahku yang berat menunjukkan Jijah adalah piihanku. 

Alhamdulilah setelah aku meluahkan keadaan aku, Ibu dan Ayah bersetuju. Dan aku juga membuat janji yang sekiranya Jijah menolak niat baikku, aku akan mengikut sahaja kata Ibu dan Ayah. 

*****************************

Harinya pun tiba, 12 December 2010.
Aku kirimkan sekotak hadiah buat Jijah. Tiada apa pn dari aku, cumanya sekotak Ferrero Rocher berharga 24.90 yang terkandung 30 bijik yang ku beli di Langkawi semasa bercuti hari tu dan sebiji darinya yang aku tukarkan dengan sebiji pendrive yang berisi coretan luahan hati aku.

Aku mahu menghantar ibu dan ayah untuk melamarnya. 30 biji bersamaan 30 hari yang aku berikan kepadanya untuk dia membuat keputusan. Kerana dalam 30 biji itu, aku pun tak tahu, adakah hari pertama, hari kedua, ketiga keempat atau hari ke sepuluh, atau dua puluh dia akan “terjumpa” hasil bingkisan hati yang aku curahkan melalui power point, vlog, coretan berscan, dan Microsoft yang aku buatkan khas, hanyalah untuk memohon diberikan peluang untuk menjadi Raja didalam hati sang Permaisuri yang sudah mencuri hati ini. 

Dan berhari dari itu jugalah aku menjadi si setia bersolat malam, demi mendoakan agar dia menerima niat baikku menjadikan dia sebagai suri hidupku. 

Hari demi hari aku tunggu, sehinggakan hari ke 30. Masih tiada khabar berita dari Jijah. Aku mendapat perkhabaran yang dia bakal ditunangkan dengan seseorang. Aku hampa.  Dan aku pulang memberitakan kepada Ibu dan Ayah yang aku dah gagal mendapatkan dia yang ku ingin itu.
Ibu dan Ayah memujukku. 

Sabarlah Umar, yang Ibu kamu pilihkan ni pun apa kurangnya, seorang Akauntan juga, jika si dia yang kamu inginkan tidak menjadi milik kamu, anggaplah saja yang Ibu dan Ayah pilihkan ini adalah si dia yang kamu mahukan, lagipun bukankah kamu sudah berjanji yang akan menerima pilihan Ibu dan Ayah sekiranya kamu gagal.?

Ye Ayah, Umar ikut sahaja apa yang Ibu dan Ayah dah tentukan ini. Umar cuba ikhlaskan hati Umar untuk pilihan ini. Sebab Umar dah gagal..”

Sayang, jangan lah bersedih, ingat tak ALLAH pernah berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 19 yang mengatakan, barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak

Betul kata ibu tu Umar, percayalah pada janji ALLAH tu, kita hanya hamba yang tak daya memohon lebih sedang DIA yang Maha Kuasa yang mengaturkan segalanya. Yang penting, kita pegang, tiap apa yang disusun buat kita, punya hikmah yang kita sendiri tak jangka.

Sepantas kilat aku mencium tangan ibu dan Ayah.
Ibu, Ayah, terima kasih ya, Umar dah faham sekarang. Umar terima semuanya.

Macam tu la anak Ayah. Ingat, Ayah takkan bagi yang tak baik nak jaga anak manja Ayah ni la. Jangan risau. Baik punya ni ayah cari. “ . Sengih Ayah sambil memujuk aku. 

*****************************

Maka tibalah hari yang aku tunggu itu, aku semakin berdebar, kerana yang aku harapkan Jijah bukan yang si dia yang begitu asing buatku ini, sampailah ketika rombongan peminangan yang terdiri dari Ayah, Ibu, Pak Long, Mak Long dan beberapa lagi pakcik dan makcikku pulang, aku jadi hairan, kerana dalam kesemua hantara itu, ada terselit satu kotak coklat. Dan kotak itu dibalut cantik.

Dek kerana begitu tertarik dengan kotak hantaran itu, aku ambil ia dan aku buka balutannya. Didalam nya terkandung sebiji pendrive 8G yang sekali kulihat sama seperti yang kukirimkan buat Jijah.  Dengan pantas aku ambil dan sambungkan kepada Laptop jenama Lenovo milikku.  File pertama yang aku jumpa bertajuk, AKU SUDAH DITUNANGKAN. Isi kandungannya..

Oihh Umar,

Awak tu nak kata kacak , memang tak dah. Tambah plak perangai macam setan, lagi tambah mencik, tak cukup dengan tu awak memang buat saya geram dengan awak sejak dari hari pertama kita kenal. Tapi sikap awak yang caring dan nakal tu jugak yang buat hati saya terpaut kepada awak, tapi saya bukan Siti khadijah? Owhh tidak. Saya ni Jijah la.. tak cukup ilmu nak jadi sehebat Siti Khadijah yang menjadi isteri Rasulullah. 

Saya ni nak kata cantik, ala, sampai masa nanti kedut jugak, Awak nak yang ketat-ketat tu, memang la lawa, sekarang ni dok cekang lagi, satu hari nanti dah lendut?  Kaya? Tak payah la sangat. Saya ni semekin, kang penat nak jaga. Cukup la kaya dengan ilmu ALLAH, aurat yang terjaga, nak tengok pn Awak sorang ja, (saya tahu awak kuat jeles). 

Saya mintak maaf ya, sebab Pendrive ni kembali pada awak selepas lebih dari 30 hari awk hadiahkan kepada saya. Mulanya saya memang dah nak balas selepas kali ke 29 saya buka kotak dan mengambil coklat dari awak. Tapi saya kecewa sebab Ibu dah khabarkan yang saya akan ditunangkan dengan seseorang. Saya memberontak, tapi sebagai anak, siapalah saya nak menentang niat ibu yang dah 9 bulan bersusah demi mengandungkan saya. 

Saya terpaksa menyimpan sahaja Pendrive pemberian awak ini tanpa membalasnya kerana bukan hanya awak, tapi saya turut kecewa dengan apa yang jadi. Sehinggalah pada suatu hari ibu tunjukkan gambar awk pada saya. Saya benar syukur awk. Rupanya awklah manusia yang akan memiliki saya dengan satu ikatan pernikahan. Saya syukur sangat.  Selamat hari pertunangan awak. Tak sabar tunggu 6 bulan lagi.

Aku menjerit….
Ibu, Ayah… Umar nak kahwin…….” 





Sebenarnya ini cerpen untuk "GA cerpen Si oh! Umar" , macam menarik jugak tadi setelah di pujuk Jiran untukk join, Nadh join sajalah, mana tau ada rezeki kan? Apapun tak dak idea sangat pun, saja lepaskan tension melalui cerita malam ni. 

Andai ada dari anda berminat, lehlah click dekat SINI.

23 comments:

Miss Ran said...

so sweetttttt

erk typo byk haha

Sunah Sakura said...

oh, sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa CAAAAAAAAA!!! sini panjang sikit. hahahah~

mr E oSk gurL said...

nak kahwin jugak....makkkk!!! =)

LaDy_aFieFa said...

sweet!!
nak sambungan laa...bole? kih3

ieda CUMA said...

suit banget!

fRaMe+LenSeS said...

Miss Ran :: ehhe.. itulah.. tamo pebetoi la.. tak larat.. :P lalalalalala~~

Boss :: amboihhh., cover balik yang tadi ka apa?

TTM :: hhihi.. p kawen kaih.. jgn lp pgl abg ya. :)

Afifa :: hihihi..

Ieda :: ya ka? hihi. maceh2.. :)

sergeant keroro said...

devil the legend 2, haha XD

EiZaRaZiErYa said...

wa...cuwet nye...ehehe... bestlah...all d best .. wink3 >_<

kiera'sakura said...

hihihi... so sweet... =)

cik pulau said...

fullamaakkk...
nganga seploh saat...

ahahahaha...
terbaekk

shida anwar said...

huwaaaaa....sweeetttt...bangat...

msredcheesecake said...

cik nadh,
best best...msred baca sampai habis ni....bule buat drama...

CikTomyam said...

ini cool man..tahniah.^^

AI said...

- best nyer citer...

efa said...

waah so sweet menarik pandai mengarang double triple like this story la all the best ok :)

fRaMe+LenSeS said...

Keroro :: agagagag.. betoi la tu. :P

Eiza :: hih. maceh kamu..

Kiera :: ahahaha.. ya meyh? nadh camtu dak? lalalalalalala~~

Cik Pulau :: jgn nganga, nt masuk lalat. :P

kak Shida :: ehh ya ka kak? maceh..

MsRed :: hihi.. maceh Msred, maceh baca sampai abis..

Cik Tomyam :: hihi. maceh kamu..

Al :: hihi. kamu pn besh jugak. :)

Efa :: hihi.. maceh sebab like.. hehe. :)

aque said...

besh!! :)

UYC said...

kahkahkahkah kau mmg terer merepek kn :D nway thnx :D

fRaMe+LenSeS said...

Aque :: hihi.. maceh kamu..

UYC :: ehehe.. ya ka? tak terer aihh. .:P depa lagi terer, tu lum Miss Ran wat entry lagi..

farhana said...

makkk! ayah!! sy nak kawennn....huhihihihhaaha

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

wahhhhhhhh... sweettnya... lau dapat cam umar nie finaz pun nak jerit...

"mama!!! adik nak kawen!!!!"
hahahahahhahahah

fRaMe+LenSeS said...

Farhana :: jgn lp pgl abg na. :P

Dek Nazzs :: ehhe.. gatai dah adk abg ni. :P

Akmall Razlan said...

Wahhh..maaf saya baru click tempat ni..bnyak lagi cerpen.. bestnya!!!! suka baca.. terima kasih.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA