Followers

Wednesday, 29 June 2011

Ku Ingin Kamu - Part V

Tapi bila kau dah jemu | Ada saja yang serba tak kena | Perangaimu pun berubah | Menyakiti hati | Hilangnya kemesraan | Aku sering kau marah | Engkau tidak seperti dulu | Lalu kau pinta oh perpisahan | begitulah lumrahnya manusia | Waktu tengah sayang kita dirayu | Bila dah jemu kita ditinggalkan

Lidahku ligat pagi ni dek kerana melayan lagu di radio pagi ini. Seronok pula rasanya, dah lama tak berjiwang dengan lagu dari kumpulan-kumpulan tahun 90an ini. Dari apa yang aku tahu, lagu jiwang saja tak berhenti-henti. Banyak mengenai kekecewaan, ditinggalkan, perpisahan. Kebanyakan dari genre itulah. Masa tu memang top kumpulan-kumpulan ni, layan habis aku. Walaupun aku tidak bercinta, tapi dengan aku sekali touching dengan irama dan bait kata lagu berkenaan. 

Perjalanan diteruskan, pagi ni aku bertekad nak ambil hati si Ayie balik. Kemarin kan aku dah marah dia, pagi ini aku nak belanja dia sarapan. Sebaik sampai di tempat parking, si Ayie pun sampai. Sama seperti hari-hari sebelumnya, dia akan sampai apabila aku sampai. Sela masa antara kami tak banyak, paling lambat pun 10 minit lepas aku tiba di ruang parkir dia akan tiba juga.

"Assalamualaikum enchik handsome."

"Waalaikumussalam. Cik Ain panggil saya handsome? Jangan la panggil saya handsome. Tak sesuai la Cik Ain." 

"Biarlah saya nak panggil, mulut saya. Rasanya tiada akta yang mengharamkan kita memuji kawan-kawan kita kan? "

"Ya lah Cik Ain, saya sedar semua itu, tapi Cik Ain, saya ni bukan sahaja handsome, tapi dilengkapkan pula dengan kacak, lepas tu comel, dan suwweeeet. Bila Cik Ain hanya sebut handsome, macam tak cukup pula rasanya, sebab itulah saya kata tak sesuai." 

"Adoi. Pantang puji sikit awak ni Ayie, ada aja yang awak nak jawap kan? "

Ayie hanya tersenyum di hadapanku. Hati aku terubat dengan keletah nakalnya itu. Walaupun aku tengok dia punya semua yang disebutkan itu, tapi takkan aku nak puji depan-depan kan, karang ada jugak yang kembang mengalahkan belon panas yang terbang dilangit itu, jadi aku hanya diamkan sahaja. 

"Ayie, mari temankan saya sarapan? boleh tak?

"Cik Ain nak belanja saya kah pagi ini? Boleh saja kalau nak belanja. Sebab saya ingat pagi ini saya nak puasa sahaja, tapi kata Rasulullah, kalau kita nak puasa pun, tapi bila ada yang mengajak kita nak wat kenduri macam ini, kita kena ikut sebagai  tetamu, jangan hampakan hati tuan rumah kan? kan? " 

"Ele, iya la tu Ayie."

Aku dan Ayie berjalan beriringan ke kedai yang berdekatan dengan pejabat kami itu. Sepanjang berjalan dan di kedai makan, aku sempat bertanya pendapat dia mengenai situasi di luar negara iaitu mengenai kes ketidak-adilan dan sikap sesetengah negara yang nak jadi polis dunia dengan masuk campur kedalam politik negara-negara lain. Dan seperti biasa jawapan dari Ayie sangat meyakinkan dan punya nas-nas lengkap untuk mengukuhkan hujahnya. 

Perbualan kami di kedai terhenti seketika sebaik Ayie mendapat satu panggilan telefon. 

"Assalamualaikum.. Ya saya..  Ada apa-apa yang boleh saya bantu? ". Jawap Ayie sambil tangannya diangkatkan tanda memberitahu aku sebentar kerana dia ada panggilan telefon. 

"Kan saya dah cakap, saya tak mahu ada apa-apa lagi antara kita. Tolonglah, saya tak mahu tahu apa-apa lagi, tolonglah jangan kacau saya, tolonglah, cukup dah apa yang pernah jadi dulu tu okeh. Saya maafkan awak". Selepas bercakap, Ayie pun letakkan telefonnya.

"Siapa tu Ayie? ". Soalku. 

Sebelum sempat Ayie membalas. Telefonnya berbunyi lagi. 

"Ya saya. Ada apa lagi. saya tengah makan ni awak. nanti awak call lain ya.. ". Jawap Ayie. Tangannya menekan butang End yang terdapat di bawah screen Iphone kepunyaan nya. 

"Maafkan saya Cik Ain. ". Ucap Ayie, dengan muka bersalah. Mungkin malu rasaku dengan apa yang berlaku tadi. 

"Tak apalah. Boleh saya tanya?"

"Silakan Cik Ain. "

"Siapa itu? ". Soalku. 

"Sebenarnya itu kenalan lama saya. Atau lebih spesifik Ex-Gf saya Cik Ain. " 

"oooooooo.." sengaja aku panjangkan O itu. Kemudian menambah "Ada apa-apa berlaku antara kamu dan dia kah Ayie? Macam ada masalah aja saya tengok. Berkali-kali telefon? "

"Rasanya tiada apa Cik Ain.". Sebaik dia habis berbicara, telefonnya berbunyi lagi. Aku lihat dia menggelengkan kepalanya. Kemudian bangun dari tempat duduk dan menuju ke satu ruang mungkin agar dia punya privacy untuk berbual dengan si penelefon. Aku masih menanti dia kembali ke tempat duduk, agak dalam 12 minit dia bercakap telefon, aku menjeling jam tanganku. Sudah hampir 9. Aku bangun dan mendekati Ayie. Aku tunjukkan isyarat kepadanya memberitahu yang aku akan bergerak dahulu. Dia hanya mengangguk sahaja. Aku pun berlalu.

*************************************************




8 comments:

zuwaidah said...

wowwwwwwwww menarik

cik pulau said...

adakah cerita ni menyatakan yg penulis sekarang tgh berserabut..

chill k..^^,

Iffah Afeefah said...

alaaaaaaaa

pendek sgt la nadh

grrrr

Sunah Sakura said...

ahahaha~ benti sampai situ pulakkkk...takpe, esok-esok sambung mesti ada balik surat 100 tu kan... :p

fRaMe+LenSeS said...

Zuwaidah :: apa y woww pjg sgt tu. hehe. :)

Cik Pulau :: betoi dah tu..

Iffah :: T.T

Sunah :: insyALLAH kot.. T.T

Подтверждаю said...

as salam..
suka~
sambung jangan tak sambung~
menanti dengan penuh sabar~

AinSyaz said...

cepat cepat sambung. nak baca! :)

jom tgk ni jugak :
http://syazhain.blogspot.com/2011/06/kisah-kita-rumit-i.html

fRaMe+LenSeS said...

Pakcik :: insyALLAH,, nanti akan ada sambungannya :)

Aisyaz :: hehe.. insyALLAH.. nadh lawat karya kamu.. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA