Followers

Saturday, 11 June 2011

Terbiasa dah terubah

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Dipanjangkan dari entry sebelum ini " Yang Salah Diubah ". 
iaitu mengenai keterbiasaan kita menggunakan istilah yang tidak baik dalam pergaulan kita. Iaitu apabila kita berkata-kata dengan rakan sebaya atau dalam beberapa situasi yang kita hadapi.

TO BE HONEST, Nadh pernah ada dalam kedudukan ini. Apabila kekadang terguna perkataan yang tidak baik dalam berkata-kata, dalam perbualan. Hinggalah pada satu hari Nadh disedarkan. (Syukur pada ALLAH sebab memberi ilham dan hidayah pada hati mengenai perkara yang salah ini)

Dari saat itu, Nadh mulai berubah. 
Jika dahulu, apabila terlepas barang keluar "opocot" tapi hari ni dah berubah jadi, "ALLAHUAKBAR" .

Dari sana, Nadh wat kesimpulan, ianya bukan apa sangat, TAK SUSAH PN. tapi adalah BERGANTUNG pada diri kita sendiri, iaitu, apabila kita sedar yang ianya bukan menda yang baik, kita sendiri kena la ambil langkah untuk mengubah, bukan hanya statik di situ. 

Ibarat sebuah cawan diatas meja. Kita dahaga sangat, tapi kita tak ambil langkah nak minum, tak bangun dari duduk kita, tak pula mencapai cawan dan meneguk air, bila kita nak hilang dahaga kan? macam itu jugak hidup, perubahan itu adalah tertakluk pada diri untuk dilakukan. 

Pernah tengok wonderpet tak? ingat tak apa tagline dia?, "Apa yang penting? Kerjasama.." Kerjasama la, kerjasama dari diri yang nak berubah, mulut yang sudah tidak berkata-kata yang tak baik, hati yang membenci perlakuan buruk dan juga fikiran yang mengubah kata-kata kesat menjadi zikrullah.. 

ALLAH SAYANG KITA KAN?? Kita aja yang tak sedar.. 

Moga mendapat manfaat. :) 




8 comments:

Miss Ran said...

ske entry ni

slalu melatah tercakp tetttt

NauRah aLwaNi said...

terima kasih. :)

Sunah Mohammad said...

yeahhhh! i loikeeee! jom ubah!

miss inna said...

nice advice...^^

cik pulau said...

betul.. sometime we need to change to get something better even kita jugak tahu yang change is must in our life..

thanks nadh.. untuk entri ni..^^,

Eza Boom Boom :) said...

yup, kdg2 kita x tersngaja nk sebut benda-benda mcm tu...Tp, x mustahil utk kta tggalkan perkara tu..salah satu cara, minta kawan kita selalu ingatkan kita...
Semoga kita selalu di bawah lindungan Allah :)

suha said...

cik suha syg Allah (^_^)

kiera'sakura said...

tringat lak nasihat pokcik ai tue.. sedang membiasakan lidah dgn zikrullah mcm yg nadh ckp kt ats nie.. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA