Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera.
Ada seorang sahabat kata, hati selembut dedaun hijau.
Adakah itu satu kebenaran? kenapa perlu hati disamakan dengan dedaunan hijau?
Bukankah hati mempunyai naik dan turunnya terhadap sesuatu perkara?
Mari kita rungkaikan...
Samakan hati dan iman dengan dedaunan hijau.
Kenapa hijau? sebab hijau bererti mekar dan sentiasa "Sihat"
Iman yang sentiasa sihat akan sentiasa mencari cara mendekatkan diri dengan ALLAH. Iman yang sihat akan mencari peluang untuk menambahkan amalnya kepada ALLAH.
Iman yang sihat tak menolak untuk bersedekah. Iman yang sihat menegah alasan untuk satu KEBAIKAN.
Iman yang sihat, menegur dengan berhemah Iman-Iman yang ada disekeliling. Kerana Iman yang sihat nakkan sahabat-sahabat nya bersama memeriahkan taman-taman syurga.
Iman yang sihat ibarat daun hijau yang sentiasa tenang dilihat.
Iaitu dari Iman yang sihat lahirnya Hati yang ikhlas, Jiwa yang tenang, dan semestinya melahirkan KEPERIBADIAN YANG DIHORMATI dan SEMESTINYA MENAIKKAN Si Pemiliknya.
Dihormati sekeliling, Didoakan penduduk langit, dan Di tunggu di Syurga.
Moga kita bukan seperti Daun Layu yang melayut di kaki Danbo ni.
Amin Yarabbal Alamin.


6 comments:
nice lah CA! moga iman kita sentiasa segar dan sihat macam daun hijau!
tak silap rara dedaun hijau ni bukan buku novel masa secondary ke?
entry nadh selalu menyentuh nurani
ai insaf sekejap hehe
Sunah :: maceh boss. ;)
Rara :: ehh ada ka.? lupa dah.. hehehe
Iffah :: :) alhamdulillah la andai tersentuh. moga2 kita beringat.. :) amin2.. :)
iman manusia adakalanya naik, dan adakalanya turun...
Miss Inna :: setuju dengan kamu. :)
Post a Comment