Followers

Sunday, 26 June 2011

Ku doakan kau bahagia

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sejak akhir akhir ini, Nadh ada terbaca beberapa laporan dalam surat khabar berkenaan manusia yang tak dapat menerima hakikat apabila berlaku perpisahan. Mereka ini selalunya akan cuba menghantui manusia yang pernah bertakhta di hati, tak kurang juga yang terbabit dengan penyakit 'gila bayang' dan ada yang lagi teruk iaitu penyakit 'gila talak'. Kalau ada yang membaca, baru-baru ini seorang janda muda diserang oleh bekas suaminya sehingga cedera.

Petang ni Nadh teringin nak kongsi satu tips dibawah tajuk "Ku doakan kau bahagia".

Kenapa perlu kepada ''kudoakan kau bahagia'' ??

Sebab dia, bila kita berbuat demikian, kita akan belajar '''melepaskan''. Dan tiada istilah dendam akan berakar dalam jiwa.

Tidak kiralah sama ada dia itu jahat atau baik, tetapi dengan melepaskan, kita dapat mengajar jiwa kita agar redha dengan ketentuan salah satunya.

Bukankah ALLAH telah berjanji bahawa ''lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya'' ?? Peganglah pada janji itu.

Anggaplah kita belum jumpa ''yang terlebih baik dari dia'' lagi. Bersabar dan berusaha menjadi lebih baik. Masanya akan tiba.

''Dan jika segalanya sudah suratan, aku relakan kau pergi...''

8 comments:

Eera Shera said...

betul..kalo dah bkn jodoh terima je la hakikat..cari je lain.kalo x de kt dnia, insyaALLAH kt akhirat

kiera'sakura said...

jika benar sayang dan cintakan die..
lepaskan die pergi kalau itu yang boleh membahagiakan die...
melihat die bahagia akan membuatkan diri kita bahagia sama...

setuju sekali... rela lepaskan die pergi... =) jadi yang terbaik, insyaAllah akan dapat yang terbaik... =)

Iffah Afeefah said...

suke ayt nadh y bwh tu

btul la

slalu cmtu

gile talak

solomolo said...

teringat lagu Kaer "izinkan ku pergi"...

nelly said...

sangat suka entri ni !!

cik pulau said...

Betull..
jika terpaksa melepaskan, percayalah Allah janjikan yang lebih baek.
jika di dunia pun kita masih tak dapat,
insyaAllah di akhirat Allah janjikan keredhaan..^^,

cik najihah said...

tajuk entry bes..
CN penah jugak kene dump..sakit jiwe woo
tapi belejar untuk memaafkan & melepaskan..
lame2 ddiri sendiri akan temui kebahagiaan
Allah Maha Mengetahui

fRaMe+LenSeS said...

Eera :: setuju dengan pendapat kamu.. nice one from you. :)

Kiera :: ya cheQ. betoi la tu.. :P

Iffah :: suka ye? hihihi.. :)

Solo :: lepas kamu sebut, trus Nadh pasang lagu tu.. hehehe. :P

Nelly :: maceh sebab suka. :)

Cik Pulau :: betul tu kamu. Nadh setuju.. weeee~~~

Cik Najihah :: bgslah macam tu CN. ada hikmah kan apa yang berlaku. :) sabar menanti hikmah nya nanti kamu mesti bergembira. :) sebab sedar yang ALLAH tak buat sesuatu sia2.. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA