Followers

Tuesday, 14 June 2011

Pepatah Melayu dalam Menasihat

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca sesuatu dalam mailbox Nadh baru sat tadi.
Mengenai cara berkesan menasihat. 

Berikut Nadh kongsikan pendapat Nadh mengenai menasihat.

1. Apply kaedah "Musuh dalam selimut." . Bukan bererti kita adalah orang jahat yang nak gunakan kebaikan dia untuk menjatuhkan dia. Tapi ibarat Musuh dalam selimut. dia akan mengenali musuhnya sebelum mengambil tindakan. Bagi kita yang hendak ke arah kebaikan ini, kita kena menyelami si hendak dinasihat itu, untuk kita tahu kelebihan dan kekurangan dia, baru mudah untuk dinasihat.

2. "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang Harimau mengaum". Bermaksud, kita perlu menjadi sahabat atau orang dekat atau orang rapat untuk menasihat. Lazimnya, orang yang hendak dinasihat ini, susah nak dengar nasihat orang yang dia tidak kenal. Tambahan lagi orang luar. Jadi untuk menasihat ini, kita perlu menjadi seorang yang dia kenal, dan sekiranya disegani itu lebih baik, kerana dengan itu pabila dia berada dengan kita, dia akan berusaha berubah.

3. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Bererti, menasihat itu, bukan apabila kita tengok si dia sudah mulai lunak dengan perkara tidak baik itu, tapi kita kena mulakan ketika dia baru berjinak-jinak dengan perbuatan berkenaan. Tindakan kita membiarkan, kemungkinan akan bawa dia untuk lagi bersedap dengan kesilapan dia tu. Tindakan kita ini dapat "Cegah sebelum Parah".

4. "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Nasihat kita itu, walaupun sedikit, tapi lama kelamaan akan mendapat perhatian juga sekiranya dibuat secara istiqamah. Jangan kita hendak berputus asa sekiranya si dia tidak mendengar, akan tiba masanya. Jangan berhenti menasihat.

5. Dan yang penting sekali, jangan anda menjadi "ketam mengajar anaknya berjalan". Kerana apabila yang hendak menasihat itu songsang, pastinya nasihat yang diberikan itu, susah untuk "melekat" didalam hati. Yang mengajar juga SALAH, masakan yang hendak ditegur itu mengikut, silap-silap ibarat "guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari" pula nanti.

Apa pun, Nadh tinggalkan anda dengan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya :

Kata Luqman: “Wahai anakku, duduk bergaullah dengan orang yang soleh dalam kalangan hamba Allah kerana sesungguhnya engkau akan memperoleh satu kebajikan daripada kebaikan mereka dan mungkin sekali pada akhir majlis itu Allah akan melimpahkan rahmat-Nya ke atas mereka dan engkau juga akan turut mendapatnya bersama mereka. Wahai anakku, jangan engkau bergaul dengan orang jahat, kerana sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh sebarang kebaikan dalam pergaulan dengan mereka itu. Bahkan, mungkin pada akhir pertemuan itu, Allah akan menimpakan balasan kemurkaan-Nya ke atas mereka dan engkau juga akan turut terkena bahananya bersama mereka.


Wallahualam.
Moga sesama kita mendapat manfaatnya.

9 comments:

Miss Ran said...

emtry jiran mmg terbaik dr ladang..tetibe segan berjiran dengan yu

Sunah Mohammad said...

nice CA~ mengaplikasikan peribahasa...hehehe..

zuwaidah said...

pepatah melayu yang mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.

pwincess Lov3y dOv3y said...

nice entry..:)

fRaMe+LenSeS said...

Miss Ran :: segan la sgt.. :P

Sunah :: hihi. thx Boss. :)

Zuwaidah :: umm.. betul tu. maksud tersirat memang ada kan? :)

Pwincess :: hihi. thx kamu.. :)

cik najihah said...

wah entry nadh memang sumenye superb2 lah

azam said...

takkan melayu hilang di dunia....
iutlah peribahasa melayu....ingat²lah....selamat sahabat

bersama kak Es said...

semua di atas sangat BAGUS !!

huraian pun kalau tak faham jugak mmg kena potong jari huhu

thanks nadh :) nice sharing

cik pulau said...

duduk termenung di meja doploh saat..

pastu angkat ibu jari..
terBAEK!!!! ^^,

Buta+Pekak+Bisu=CINTA