Followers

Thursday, 23 June 2011

Kisah Anak, Ibu, Pakcik kedai dan Gula-Gula


Assalamualaikum.. 

Satu hari, seorang budak kecik yang comei lagi cute, mengikut ibunya ke kedai.
Dikedai itu, tuan kedai yang melihat budak kecik yang comel itu dan menarik perhatiannya, diambilnya sebekas yang berisi gula-gula dan dihulurkan kepada budak itu.

Adik, ambillah gula-gula dalam ni.

Tapi adik itu tidak mengambilnya. Si tuan kedai hairan. Kenapa adik kecil itu tidak mengambil gula-gula yang diberikan olehnya. Selalunya budak kecil tak pernah pula menolak untuk mengambil gula-gula dari bekas yang dihulurkannya.

Sekali lagi si tuan kedai menghulurkan gula-gula kepada adik kecil berkenaan. Kali ini, si ibu pun mendengar apa yang dikata si tuan kedai, dan si ibu pun menyuruh si anak mengambil gula-gula berkenaan, tapi si anak masih berdegil dan dia tidak mengambilnya.

Mengenangkan si adik kecil tidak mengambil gula-gula berkenaan, si tuan kedai sendiri ambil gula-gula dan dihulurkan kepada si adik kecil berkenaan. Anak itu kelihatan begitu gembira menyambutnya dengan kedua belah tangannya.

Ibu dan si anak kecil pulang ke rumah. Setibanya di rumah, ibu bertanya kepada anaknya..
Sayang, kenapa tadi semasa pakcik itu berikan kamu gula-gula kenapa kamu tak ambil?

Tahu apa anak itu jawap?
Ibu, tangan cheQ ni kecil untuk mengambil gula-gula berkenaan, berapa sangatlah yang dapat CheQ ambil sendiri, tapi sekiranya Uncle itu yang hulurkan, cuba Ibu tengok, banyak kan yang CheQ dapat?

Moral :: Yang cuba kita dapatkan sendiri, hanya sedikit yang dapat kita gapai, tapi apabila ALLAH yang menghulurkan, cuba bayangkan berapa banyak yang kita dapat, semestinya diluar dugaan dan lebih dari apa yang dapat kita jangkau.. Sama juga dengan cita-cita besar menggapai dunia kita, besar dan hebat pada mata kita, tapi sebesar dan sehebat mana sangat ianya bila nak dibandingkan dengan Akhirat dan Taman-taman syurga yang sedang ternanti-nanti penduduknya??


ALLAH sayang kita.. dalam kita tak sedar dan masih berbuat dosa ni.. Insaf dan kembalilah kepangkal jalan. 
Wallahualam. 


7 comments:

Iffah Afeefah said...

nadh suke wat ai terkesima ngn entry die

betul2

msredcheesecake said...

Mr nadh,
Nak meminta pada Dia pon mesti kena dgn cara dan adab...

rara pinkmafia said...

pas makan macaroon tak sanggup dh mkn manis2.

Syazana Justme said...

nice post nadh!sekarang suma org dok sibuk kejar harta dunia,sampai lupa akhirat yang kekal abadi.Harap2 kita sama2 dapat muhasabah diri..=)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

yup...

tapi adakalanya kita perlukan usaha dari mengharapkan tangan yang memberi

=)

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: ehh ya ka? tettt~~

Msred :: setuju. :)

Rara :: hihihi.. jgn2.. nt kamu makin manis. :P weeee~~

Syazana :: amin2.. sama2 kita muhasabah ya kamu?

GK :: betul tu. usaha dlu baru pk lain. ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sndiri. :)

Подтверждаю said...

as salam..
suka entri ni..
ibarat lafaz..

"AKU TERIMA NIKAHNYA"

bebannya, hanya mereka yang dah mendirikan baitulmuslim tahu..tapi kita dapat merasainya berbekalkan ilmu-Nya..

=)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA