Followers

Saturday, 4 June 2011

Revolusi nama dulu dan sekarang

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Ada sapa-sapa dekat sini tau maksud nama dia? Ada yang terfikir kenapa nama tu diberi oleh kedua Mama n Ayah dia? Segalanya mesti la bersebab kan? Nadh nak sebut malam ni tentang revolusi nama yang semakin mendahsyat sekarang ni. 

Kalau dulu, perempuan kita dengar nama Bedah, Piah, Jijah, tapi sekarang ni, kalau nama-nama ni semestinya akan diCHOP "kampung" oleh yang mendengar kan? Mana taknya, sekarang ni kan dah moden, nama-nama semua dah dicantumkan jadi panjang-panjang demi menambahkan kesedapannya, contohnya, Nur Aleeya Maisara, Siti Nur Danisha Aleeyah, ni beberapa nama yang Nadh sebutkan sebagai contoh nama yang dipanjangkan untuk memberi kesedapan ketika menyebut. 

Manakala untuk lelaki pula nama turut mendapat revolusinya, dari Ali, Ahmad, Atan, sekarang sudah tiada lagi nama-nama pendek begini, dan ditambah sebagai contoh, Mohammad Nadzirul Syazwan, Mohammad Danish Shahmi dan sebagainya.

Persoalannya kan, depa tak rasa bazir ka nama panjang-panjang, last sekali panggil pendek ja, contoh Nadh bagi kat atas tadi tu, Siti Nur Danisha Aleeyah, silap-silap panggil Eya ja, atau tak pun silap-silap dalam keluarga dia anak sulung, dah jadi along saja, sedangkan nama tu panjang, tu perempuan, lelaki pulak, Mohammad Nadzirul Syazwan, silap-silap jadi Wan, Nadz, atau mungkin Mohd sahaja.

Dalam Islam ada menyebutkan akan kepentingan memberi nama ni, sebab nama yang baik itu, seakan mendoakan tuan si pemunya nama itu, contoh, Latif, yang bermaksud lemah lembut. Kata umpama doa, begitu lah yang di aplikasikan keatas nama ini, sebutan untuk nama yang baik itu seakan memberikan doa agar si pemunya turut sama seperti maksud namanya. 

Atas sebab itulah Islam menghalang pemberian nama yang tak baik kepada anak atau juga kita yang memberi nama yang tak baik kepada seseorang, satu ditakuti menyakiti hati dia. Keduanya kerana ditakuti nama berkenaan membawa maksud yang tidak baik. Jadi panggilan yang tak baik itu seharusnya dijauhi la. 

Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Namakan dengan nama para Nabi,dan nama yang paling disukai di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling tepat ialah Haris(pekerja),Hammam(yang mempunyai keazaman).dan nama yang paling buruk ialah Harb(perang) Dan Murrah (pahit)” (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie)

Rujukan : PEMBERIAN NAMA DALAM AL-QURAN


Note :: Berhati-hati dengan pemberian nama, pastikan maksud yang disebalik nama itu adalah maksud yang baik-baik. Panggilan yang baik, dan dengan didikan yang baik, beserta doa, insyALLAH akan ALLAH perkenankan dengan kebaikan juga. Sama-samalah kita renungkan. :)

10 comments:

nabila saat said...

mmg pun..nama sekarang pnjg berjela..tp pnggil pendek je..kan ke rugi

Miss Ran said...

btol tu nadh

ade ayh ckp

budak tu tak mmpu pikul nme y diberi

sebab terlalu panjang dan berat...

hurmmm al fatihah untuk arwah

FatimahZahra said...

hmm tapi kan saya selalu musykil satu benda ni , kalau kita panggil nama pendek2 je maksud tu still ada ke tak ?

SYAF said...

singgah disini lagi membaca

Syasya Acing Mitchy said...

abg nadh sbut nama papa sy, *Haris*. hihi~

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

alhamdulillah nama ca ada makna..walau title 'dayang' ada kat depan, tp mak abah panggil nama kedua.. :)

jom singgah..

http://cikduyung.blogspot.com/2011/06/air-mata-lelaki-setitis-rm50-air-mata.html

cahaya said...

nama kawan adik..
noor asma diana ida yus miza binti mazlan...pnjangkan???
kawan2 panggil "yus" je..

cahaya said...

nama kawan adik..
NOOR ASMA DIANA IDA YUS MIZA BINTI MAZLAN..panjangkan??
kawan panggil "yus" saja..

... said...

as salam..
nama pakcik pun pendek je

=)

tahu maksud dan tahu kenapa diberi.
kawan pakcik, anak2 dia, dia tetap bagi nama klasik. pakcik pun satu hari nanti, bila dah ada anak. beri nama yang dianjurkan dalam Islam.

kalau nak ikutkan, mungkin mereka fikie tak membazir nama panjang2. nak glamor kot? entah la..

perkongsiajn yang bermakna
alhamdulillah..

=)

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah... keluar pun entri ni... :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA