Followers

Sunday, 5 June 2011

Kesan DOA pada Perkahwinan.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Memandangkan sekarang ni Musim Kawen Mawen kan, Nadh nak menegur rakan-rakan di luar sana, TENTANG DOA.

Lazimnya kan, bila ada kenduri kahwin kan, kita akan pergi dan akan bersalaman dengan pengantin (kalau kawan-kawan mesti ada hadiah kan? siap kad lagi. tak cukup, peluk-peluk ambil gambar, salam-salam kan? )
Dalam pada tu, semestinya kita akan berdoa buat kebahagiaan pengantin kan? 

Topik malam mengenai doa, kerana kebanyakan dari kita ada tersalah berdoa buat pengantin. Dalam kita tak sedar sebenarnya. 

1. Buat yang pernah mendoakan pengantin, "Kami doakan sampai ke anak cucu". Kita kena tukar sikit doa ni sebab, Kita mendoakan kebahagiaan mereka sampai ke anak cucu aja, lepas dah bercicit? camna ye? hihi. Tak bahagia dah ka? Jaga-jaga semua..

2. "Kami mendoakan bahagia sampai ke hujung nyawa ". Alhamdulillah, yang ni much better la, tapi bukan yang terbaik bagi Nadh. Kawan-kawan, kita tak kesian ka dekat pengantin? Hidup bukan sekadar didunia, tapi didalam syurga nanti, takkan kita tak harapkan sahabat, atau saudara mara kita ini, menjadi bidadari atau menjadi suami buat isterinya yang adalah ketua kepada bidadari di dalam syurga nanti? 

3. Yang dianjurkan, (pendapat Nadh la) doa macam ni, "Semoga berkekalan hingga ke taman-taman syurga" . Sebab, bagi Nadh sendiri, tiada yang lebih baik melainkan bersama hingga ke sana, baru la melambangkan percintaan sejati kan? hihihi

Note :: Berhati-hati juga dengan doa kita ya? kata orang sebut 44 kali jadi kan? (orang la kata) Tapi sebaiknya kita mendoakan yang lebih baik la buat mereka, dan sesiapa sahaja, kata-kata ibarat doa, mungkin masa kita berdoa tu, ALLAH buka hijab, dan makbulkan doa kita tu, kena plak kita doa yang kurang menge-BEST-kan dekat mereka, shian mereka kan? Jadi sentiasalah berdoa yang baik-baik.

Apa pun, buat sahabat Nadh yang baru lepas kahwin semalam n bertunang hari ni, ucapan tahniah buat mereka, moga berkekalan hendaknya.

P/s :: Pernah tengok cinta yang dikatakan kekal ke akhir hayat? Meh Nadh nak share,


Apa pun segalanya adalah ketentuan ALLAH kan? DIA Maha Tahu mana baik mana tidak buat kita kan? Berserah ajalah kepadaNYA.. Moga kita diberkati dan dirahmati beserta sntiasa dalam limpah kurnia dan perlindunganNYA. 

7 comments:

nadzli azlan said...

pabila doctor love berbicara ! :p ahaha

Miss Ran said...

lalalalaaaa


"Nadh bau nasi minyak dah ni,"Jiran berkata.

Nadh tersipu-sipu lalu berkata "Eh seganla=P" Bukan2 slh dialog

Nadh sebenar cakap "Tettttt"

mrs redzuan said...

ini doa yang diajar oleh Rasulullah untuk pengantin =)

“Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair“

“Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.”

shahjiehan said...

slalu dok nyanyi lagu maher zain je.. barakallah... hehehe



nadh bila plak nk bg kad nih

hehehhe.. xsabar rasanya nk jmpa...



erm...


bila baca ni.. dok teringan muka dan gaya ckp kat vlog tuh.... =)


jom baca dan komen Bulan Rejab bulan haram.

Ct Arina said...

cinta yg diredhai insyaallah kekal hendaknye^^

fRaMe+LenSeS said...

Adik :: yo lahh tu.. ahahahha

Miss Ran :: wahhh.. Jiran tau la Nadh nak jawap apa.. ahahaha. **malu**

Mrs Redzuan :: maceh kak ngajo Nadh n kongsi ilmu baru ni dengan Nadh. hargai sangat..

SJ :: hihihi.. Nadh ka? tatau la.. soklan ni tade jawapan. sebab tade dalam fikiran.. :) anyway, jika diizinkan, jmpa la nt.. :)

Arina :: amin2. insyALLAH, tapi peranan doa ni taleh nak pandang remeh jugak :)

munirah said...

erm...pernah gak terfikir benda ni...sebab takkan la pengantin tu nak bahagi sampai dah dapat cucu je kan.. bile dah dapat cicit sume cmane...

*daripada blogger hijau.. thanx sudi singgah blog...
happy berblogging..

:)

http://thecahayabulan.blogspot.com/

Buta+Pekak+Bisu=CINTA