Followers

Tuesday, 7 June 2011

TIPS Meninggalkan Kenangan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Wahhh.. 06.06 dah berlalu la. Nadh baru perasan semalam la. Itupun sebelum Nadh masuk tidur. (cam mana la boleh tak perasan tarikh ni padahal seharian duduk depan lappy <-- sah-sah bz kan semalam. hihi)

Memandangkan tarikh berkenaan meninggalkan banyak cerita disebaliknya, Nadh rasa nak berkongsi tentang "TIPS Meninggalkan Kenangan"

Sebelum bermula, pasti ramai yang punya kenangan dalam kehidupan kan? tak kurang sama ada ianya kenangan baik ataupun kenangan yang buruk dan menyedihkan. Sama jugak Nadh, yang hanya seorang manusia biasa, yang rasanya tidak berkelebihan apa pun dari yang ada diluar sana, malah sama sahaja macam yang lain.

Berikut Nadh ingin berkongsi TIPS Meninggalkan Kenangan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kalian meninggalkan kenangan yang menggamit jiwa seterusnya upgrade diri menjadi yang lebih baik didalam hidup. 

1. Bermuhasabah. Kaji balik kisah kamu dari mula hingga akhirnya. Timbangkan kebaikan dan keburukan yang kamu sudah lakukan sejak kejadian tersebut.

"..karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa : 19)


2. Lupakan kisah dahulu. Tak payah nak merasa diri dihukum atau diri termaktub yakni masih terngiang-ngiang dalam telinga, masih terbayang-bayang dalam fikiran apa yang penah berlaku tu. Ambil langkah untuk kedepan. Jangan kerana kisah silam itu, menghalang kamu dari menikmati masa depan. Rugi weyh.


3. Berani Melangkah. Beranikan diri melupakan dan melangkah ke depan. Mungkin apa yang terjadi itu sedikit sebanyak menakutkan kamu dari melangkah, tapi jangan jadikan itu sebagai alasan berhenti di keadaan sekarang. 


4. Menjadi yang lebih baik. Ini sangat penting. Mungkin pernah satu masa kita di-"chop" tidak berguna atau tidak memahami atau apa saja oleh kenangan berkenaan, sememangnya ianya menyakitkan, tapi apabila kita jadikan kesakitan berkenaan sebagai pemangkin untuk jadi yang lebih baik, tak mustahil satu masa nanti, bila kenangan melihat kita yang dah berubah HEBAT sekarang, akan terlintas betapa ruginya dia kerana dah persiakan yang pernah hadir dalam hidup. (Bukan minta atau mendoakan tapi bukankah diri berhak menjadi yang lebih baik dan membuktikan kita bukan seperti apa yang dikatakan itu.)


5. Jangan berdendam. Paling besar dalam hal melupakan adalah kisah dendam kerana tak berpuas hati dengan apa yang terjadi. DISARANKAN LUPAKAN DAN JANGAN SIMPAN DENDAM. Kerana dendam umpama titik hitam yang memburukkan kain putih yang ada yakni hati kita. Dengan berasa dendam, ditakuti yang masa depan terkesan pula dengan kenangan ini. INGATLAH bahawa DENDAM MEROSAKKAN !!

Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”


6. Percaya pada ketentuan. ALLAH tak buat sesuatu yang SIA-SIA macam kita hambanya yang selalu cuai dan lupa. Kerana DIA bersifat Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, contoh seperti juga pokok yang dijadikan di lereng-lereng bukit, kita melihatnya sebagai kejadian sahaja, tetapi ALLAH jadikan ianya untuk mengubahkan karbon dioksida dari pernafasan kita kepada oksigen untuk bekalan kita juga. Selain akarnya yang bertindak sebagai pengikat tanah dari berlakunya tanah runtuh.

Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: ‘Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya, kerana Aku ingin mendengar suaranya.  (HR Tabrani)


Note :: Percayalah pada tiap kejadian yang ALLAH tetapkan buat kita, kerana tiap satu membawa HIKMAH yang apabila kita sedar, kita mungkin menangis kerana mengenangkan betapa ALLAH itu SAYANGKAN kita ini dengan memberikan kita ujian dan mengatur suratan yang bukan seperti kita mahukan.

"Kalau suma perkara mengikut kata kita, cakap kita, dari mana nak datangnya Redha ALLAH tu? "


13 comments:

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah... setiap kenangan yang ada dalam hidup kita, tak kira yang baik atau yang buruk, semuanya ada sebab musabab kenapa berlaku sedemikian rupa... dan dari kenangan itulah kita jadi diri kita yang sekarang dan bakal membentuk kita di masa depan... :)

bersama kak Es said...

ohh..nak buat turning point.
tips yang baik .. :)

Syazana Justme said...

nice tips nadh!

misscha said...

suke no 6....

pwincess Lov3y dOv3y said...

nice sharing..:)

EiZaRaZiErYa said...

^_^ suke~

Miss Ran said...

nadh terbaik...erk putus cinte ke ape..haha

'CikMimiEy' said...

tips menarik tuk d kongsi ... huhu

kenangan mmg sinonim dan sebati dalam liku liku kehidupan kita sbg mnusia biasa kan ... tapi , kenangan tetap berlalu pergi mninggalkan kita tanpa kita sedar . peace :)

... said...

as salam..
perkongsian yang menarik =)

pada pakcik, semakin berada di penghujung nyawa, semakin perlu lebihkan ikhtibar dari kenangan.

jika ia mendatangkan kebaikan yang menjurus kearah amal ibadat dan keredhaan-Nya, pakcik ambil kira, jika takde, tu tipu daya syaitan laknatullah..wallahu'alam..

kiera'sakura said...

the last point..klu rase x terdaya nk tanggung perasaan.. curahkan nye pada Allah.. Dia Maha Mendengar.. indahnye perasaan bila mengadu pada Ilahi...

efa said...

kenangan lalu itu adalah sejarah mungkin ada sebab tertentu yg menjadikannya kenangan :)

aizamia3 said...

jadikan apa yang dah berlaku itu sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup.. dari situ kita boleh dapat lebih baik dan bermakna..

walaupun mungkin susah nak lupakan apa yang dah berlaku tapi dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sekurang-kurangnya mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam hidup..

fRaMe+LenSeS said...

Sunah :: setuju ng boss. kenangan mematangkan. cara kita fikir tu adalah dari pengalaman kita hadapi sepanjang idup. kan? :)

Kak Es :: maceh kak.. :)

Syazana :: maceh kamu. :)

Misscha :: Nadh suka yang tu jugak. :)

Pwincess :: maceh kamu..

Eiza :: maceh. :) suka bila kamu suka..

Miss Ran :: maceh2 jiran. oih mana ada putus cinta la. :)

CM :: ianya akan berlalu, tapi apa y terlekat dari nya, adalah pada kita untuk menilai dan digunakan. :)

Pakcik :: wslm pakcik. Nadh setuju ng apa pakcik kata. seyes betul. :) iktibar itu perlu. :)

Kiera :: setuju jugak la ng kamu. :)

Efa :: betul tu dik. :)

Aizamia :: maceh berkongsi pendapat.. terbaik. membizikan diri itu penting masa mula dihempap kenangan. :) setuju. nice one. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA